Seni & Sukan 27 Jun, 2020

Tak patuh SOP: Bukit Broga ditutup untuk pendakian, rekreasi

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

PENUTUPAN pusat rekreasi dan pendakian Bukit Broga di Semenyih, Selangor kepada orang ramai mulai hari ini, Sabtu 27 Jun 2020 hingga ke suatu masa yang belum ditetapkan berpunca daripada sikap pengunjung tidak mematuhi Prosedur Operasi  Standard (SOP) sejak dibuka semula semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Penutupan itu merupakan suatu iktibar yang perlu dijadikan ingatan mahupun pengajaran oleh semua pihak. : KitaReporters

Pemandangan matahari terbit waktu pagi antara tarikan orang ramai ke Bukit Broga di Semenyih, Selangor. - Kredit foto-foto Broga Hill dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)



Dalam konteks ini semua pihak khususnya orang ramai yang cintakan aktiviti riadah pendakian dan rekreasi jangan memandang mudah setiap peraturan mahupun SOP ditetapkan terutama oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tujuan peraturan diadakan bukan untuk mernyusahkan orang ramai sebaliknya bagi menjamin tidak berlakunya penularan wabak berbahaya pandemik COVID-19 sekalipun keadaannya mulai menurun sejak akhir-akhir ini.

Sebagai anggota masyarakat kita sewajarnya memberikan kerjasama padu terhadap usaha pihak bertanggungjawab untuk sama-sama menjayakan hasrat supaya virus berkenaan dapat dibendung dan disekat dengan efektif. 

Sehubungan itu, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian (PTD) Hulu Langat pada Jumaat, 26 Jun 2020 bekerjasama membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengarahkan penutupan kawasan pendakian Bukit Broga di bawah  Seksyen 18 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berkuat kuasa mulai 27 Jun 2020 sehingga ke suatu tempoh yang akan diumumkan kemudian.

Notis tidak membenarkan orang ramai memasuki Bukit Broga di Semenyih, Selangor ditampal di pelbagai tempat termasuk di kawasan strategik.


Dalam hubungan ini, MPKj menyeru dan menasihatkan orang ramai supaya tidak leka dan mengambil mudah mengenai pematuhan SOP dan norma baharu dengan mematuhi arahan serta kerjasama mengenai penutupan sementara pusat rekreasi popular ini.

MPKj menghantar sekumpulan pegawai bahagian penguat kuasanya bersama petugas PTD Hulu Langat dan JKD Hulu Langat sebagai sebuah badan penyelaras bagi mengelakkan orang ramai berpusu-pusu ke kawasan berkenaan dalam mengelakkan penularan wabak pandemik COVID-!9 secara lebih berkesan.

Sebelum ini, KKM mengeluarkan perintah menutup kawasan pendakian Bukit Broga berkuat kuasa Sabtu, 27 Jun 2020 ekoran laporan media berhubung tahap pematuhan SOP dalam kalangan individu, syarikat dan industri pelancongan dilihat semakin menurun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, baru-baru ini terdapat penularan isu terlalu ramai berkunjung ke Bukit Broga

Sepatutnya SOP dan norma baharu yang sering ditekankan kerajaan  memangnya bertindak sebagai sistem pertahanan negara dalam penularan abak COVID-19.

Sepanduk mengenai penutupan Bukit Broga kepada orang ramai berikutan penularan berita dalam media mengenai ketidakpatuhan SOP para pengunjung yang datang beriadah di kawasan tersebut.


Para pegawai dari Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengawasi jalan untuk ke Bukit Brogra semasa kumpulan ini bersama Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat dan Jabatan Kesihatan Daerah Hulu Langat meninjau ke kawasan tersebut pada Jumaat 26 Jun 2020.


KKM berharap segala usaha untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan abak berkenaan diteruskan semua peringkat dan lapisan masyarakat.

Menurut, Pegawai Perhubungan Awam MPKj, Kamarul Izlan Sulaiman, kegagalan kawalan yang dilakukan pemilik tanah dan pengendali parkir di kawasan rekreasi berkenaan mungkin menjadi punca kesesakan luar biasa.

Kawalan itu dibuat bagi memastikan pendaki mengikut SOP dan menjalani pemeriksaan suhu badan serta kehadiran yang direkodkan.

Bukit Broga di bawah seliaan MPKj menjadi tumpuan pendaki sebelum ini dan mengambil kesempatan untuk datang beriadah pada hujung minggu.

Pihak MPKj berharap pemilik tanah mengambil alternatif mengawal kesesakan antaranya menggunakan khidmat anggota Jabatan Sukarela Malaysia (RELA) bagi mengelakkan tidak ada perkara tidak diingini berlaku.

Broga atau Beroga sebuah pekan kecil berhampiran Semenyih yang terletak antara sempadan Selangor dan Negeri Sembilan.

Kedudukannya 12 kilometer ke barat Bandar Semenyih dan 50 kilometer dari Kuala Lumpur. - KitaReporters 

Beginilah keadaan Bukit Broga mengikut view daripada pandangan atas.


Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Bukit Broga turut ditutup kepada orang ramai.

0
0
0
0
0
You will be interested