Seni & Sukan 09 May, 2021

Berita Terkini| Cubaan masuk Kelantan gagal! 500 kenderaan berpatah balik! Tiada dokumen sah!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

SEMUA ketua polis di sempadan diarah melakukan pemeriksaan ketat supaya tiada yang dapat membolosi pintu masuk ke Kelantan dengan mudah.


SEBANYAK 500 buah kenderaan yang cuba memasuki negeri Kelantan diarah berpatah balik oleh polis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, tindakan itu kerana individu terlibat bukan sahaja tidak memiliki dokumen sah tetapi juga memberikan alasan yang tidak munasabah.

"Kita juga menemui taktik baharu yang digunakan oleh pengguna jalan raya iaitu dengan mencetak dokumen merentas negeri melalui laman sesawang rasmi PDRM tanpa pengesahan dari mana-mana balai polis.

 "Tindakan itu dilihat lebih kepada mencuba nasib, bagaimanapun kita berjaya mengesan taktik itu menerusi pemeriksaan secara teliti yang telah dilakukan oleh anggota bertugas di pintu masuk ke negeri ini menerusi sekatan jalan raya," katanya yang dipetik oleh Sinar Harian, pada Ahad 9 Mei 2021.


POLIS menemui taktik baharu yang digunakan oleh pengguna jalan raya iaitu dengan mencetak dokumen merentas negeri  secara dalam talian.


Sehingga kini, polis Kelantan telah mengesan sekurang-kurangnya tiga keluarga yang berbuat demikian dan telah diarahkan berpatah balik serta diberikan kompaun.

“Pintu masuk yang paling sibuk buat masa ini ialah di Gua Musang dan Pasir Puteh,” ujarnya.

Beliau turut mengarahkan semua ketua polis di sempadan melakukan pemeriksaan ketat supaya tiada yang dapat membolosi pintu masuk ke negeri ini dengan mudah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Shafien berkata pintu masuk yang paling sibuk buat masa ini ialah di Gua Musang dan Pasir Puteh .

12
2
6
6
8
You will be interested