Seni & Sukan 24 Jul, 2020

Afdlin, Sharifah Amani tolak lesen! Menteri kata salah faham

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah pada Khamis 23 Julai 2020 telah memaklumkan semua penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem (LPF) dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP). Arahan itu termasuklah agensi media perdana atau individu yang menerbitkan filem di platform media sosial seperti TikTok dan YouTube. : KitaReporters

Kredit foto: Google Image


Bagaimanapun, ramai netizen kurang bersetuju dengan arahan tersebut termasuklah golongan artis dan selebriti.

Antara artis yang lantang menyuarakan pendapat adalah pelakon dan juga penerbit popular, Datuk Afdlin Shauki.


Menurut Afdlin, arahan itu secara tidak langsung menindas dan menyekat kreativiti anak-anak muda.

“Lama aku diam. Tak kacau orang. Yang betul aku sokong yang tak, aku doakan. Tapi dalam waktu serba kesusahan ni kau cakap benda macam ni dan nak tindas orang muda dan orang kreatif yang tak mampu nak beriadah dan cari rezeki.

“Korang dah tak nak jadi kerajaan ke apa? Buat kenyataan bodoh macam ni! 

"Maknanya semua telefon yang ada kamera yang dijual kalau nak beli, kena ada lesen?

“Macam nak beli senjata api? Media sosial semua kena ada lesen? 

"Wow hebatnya rancangan kamu. Jangan politikkan kerja kami Tuan. #bantahpenindasan. Kalau korang setuju kongsi ramai-ramai,” luah Adflin.


Manakala seorang lagi pelakon yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-19 menerusi filem Gubra, Sharifah Amani menganggap kenyataan itu sebagai tidak sesuai dengan keadaan semasa.

“Akta kuno dikuatkuasakan. Akta melindungi hak dan kebajikan perkerja-perkerja industri filem takde,” tulisnya ringkas.


Sementara itu, dalam kenyataan terbarunya, Saifuddin menjelaskan telah berlakunya salah faham terhadap kenyataannya sebelum ini.

Tegasnya, beliau hanya menjelaskan tentang undang-undang yang sedia ada iaitu Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981.


Jadi, isu yang berbangkit ini berpunca daripada salah faham. 

Malah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bersedia menerima apa-apa cadangan dalam memperbaiki bukan sahaja Akta yang telah disebut, malah undang-undang di bawah pengawasan KKMM. - KitaReporters

 

2
1
2
0
0
You will be interested