Seni & Sukan 25 Mar, 2020

APA BUAT 'BOLEN' PAGI-PAGI BUTA TU YEOP??

@asliza musa
Bekas wartawan Utusan Malaysia yang pernah berkhidmat di Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke cawangannya di Perak selama 10 tahun.

Share this
TINDAKAN seorang lelaki 'catwalk' dalam keadaan bogel pada awal pagi mencetuskan pelbagai andaian ramai apabila aksinya yang dirakam kamera litar tertutup tular dalam media sosial sejak Isnin, 24 Mac 2020. Sikap pelik dan bersahaja lelaki itu yang berkeliaran di kawasan perumahan di Taman Tronoh Awana di Tronoh, Perak itu mengundang tanda tanya termasuk adakah ia bagi tujuan mistik. : KitaReporters

Kelibat lelaki dalam keadaan bogel dirakam CCTV di Taman Tronoh Awana di Tronoh, Perak pada 24 Mac 2020.
Aksi lelaki terbabit dapat dilihat menerusi beberapa rakaman CCTV yang memaparkan dia berkeliaran tanpa tujuan.
Lelaki terbabit yang hanya menutup muka dipercayai menggunakan baju itu dilihat berjalan di belakang dan pekarangan rumah penduduk.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada awal pagi sehingga hampir pukul 7 pagi.   

Suspek berjalan seorang diri di belakang rumah penduduk di Taman Tronoh Awana di Tronoh, Perak.
Seorang penduduk, Shaarani Ismail, 56, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas berlaku beberapa insiden di mana CCTV rumah penduduk ditutup dengan kain dan tingkap bilik air dibuka dari luar.
Katanya, ekoran kejadian itu, dia memeriksa CCTV di rumahnya dan terkejut apabila melihat terdapat rakaman lelaki bogel berkeliaran di belakang dan pekarangan rumah.
"Menerusi CCTV, saya tidak nampak lelaki itu memegang apa-apa senjata dan dia dilihat hanya berjalan mundar-mandir sahaja. 
"Apabila saya periksa di rumah, tiada barang-barang yang hilang atau kesan rumah dipecah masuk melainkan hanya tingkap bilik air terbuka luas dari luar," katanya.

Tingkap bilik air terbuka luas? Macam orang minyak pula ceritanya??

Imej lelaki berbogel yang dirakam CCTV.
Shaarani berkata, dia tidak mengetahui identiti lelaki terbabit, namun mengesyaki lelaki warga asing yang imejnya dirakam berjalan seorang diri sebelum kejadian.
"Saya harap lelaki itu dapat ditangkap segera kerana kami bimbangkan keselamatan penduduk terutama bagi mereka yang tinggal seorang diri," katanya.

Imej lelaki berbogel yang dirakam CCTV.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, dua laporan diterima bersabit kes berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek.
Ermmmm... macam-macam perangai orang-orang sekarang. 

Apapun kita kena sentiasa berhati-hati dan jaga keselamatan diri dan keluarga dengan sebaiknya. - KitaReporters

1
0
0
2
1
You will be interested