Bagi Siti Nurhaliza, ‘Basyirah’ bermaksud ‘khabar gembira’.
Dia berharap ‘Basyirah’ benar-benar dapat memberi khabar gembira agar pulihnya gejala wabak Covid-19 secepat mungkin.
Siti Nurhaliza menerima melodi lagu daripada komposer Hafiz Hamidun dan tertarik untuk dirakamkan kerana ada unsur Arab.
Memandangkan lagu tersebut diperoleh ketika masyarakat menghadapi wabak Covid-19, dia meminta agar lirik lagu itu dipinda menjadi lagu kerohanian dan motivasi dengan lirik tetap puitis.
Komposer Hafiz Hamidun (kanan) dan penulis lirik Fedtri Yahya
Dia melakukan sejumlah pindaan terhadap lirik itu sesuai dengan kehendak Siti Nurhaliza.
Dan akhirnya penat Fedtri terbayar apabila Siti Nurhaliza gembira dengan lirik lagu itu yang dianggap berkesan dengan mesej hendak disampaikan.
Ia merupakan salah satu lirik penghasilan Fedtri yang paling bermakna serta terbaik dan sukar untuk disiapkan.
Fedtri sampai mengalir air mata membaca lirik yang dihasilnya.
Sementara itu, bagi Hafiz Hamidon selaku pencipta melodi dan penyusun muzik, rakaman lagu ‘Basyirah’ memberi pengalaman baharu baginya.
Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Hafiz dan Siti Nurhaliza tidak dapat berada di studio yang sama.
Jadi Hafiz membuat susunan muzik dan adunan muzik secara berasingan.
Siti Nurhaliza pula menyanyi sendirian di rumahnya.
Bagi Hafiz perkara sukar ialah untuk membuat keseimbangan bunyi dalam rakaman secara digital.
Namun ia tetap pengalaman menarik setelah melihat hasil rakamannya dan menyifatkan lagu ‘Basyirah’ sebagai antara lagu terbaik tempatan dihasilkan pada tahun 2020 ini.
BASYIRAH
Komposer: @hafizhamidun
Lirik: @fedtriyahya
🤲🤲 Ku membaca warkah dunia
Kisah hidup penuh rintangan
Moga Dia ampun segala
Musibah yang membangkitkan harapan..
Tidak dapat aku bayangkan
Tidak dapat aku hitungkan
Air mata tanpa jeritan
Rintih hiba di malam kegelapan
🤲🤲 Bila DIA menghadirkan
Sakit yang membelenggu
Mengajar hati ini...
menzikirkan luahan jiwa ..
🤲🤲 Apakah maya pada
Berakhir dengan lara
Ibarat angin duka
dari lembah yang hampa
🤲🤲 Dalam tangis aku ratibkan
Dalam syahdu ku munajatkan
Kalam rindu dalam tasbihku
Moga detik berkah bawa mubaraknya
🤲🤲 Hadir insan berterusan
hulur firasat sejati
Perisaikan diri
menjaga nyawa tak terganti
Budi yang terpuji
kesabaran yang mulia ..
🤲🤲 Bila DIA menghadirkan
Sakit yang membelenggu
Mengajar hati ini...
menzikirkan luahan jiwa ..
🤲🤲 Apakah maya pada
Berakhir dengan lara
Ibarat angin duka
dari lembah yang hampa
🤲🤲 Semoga kepedihan ... membawa basyirah