Seni & Sukan 30 May, 2020

Hari raya! PKM Seri Serdang ceriakan penduduk kurang mampu!

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

PELBAGAI usaha dan cara dilakukan oleh pihak tertentu bagi membantu menceriakan golongan masyarakat kurang berkemampuan bagi meraikan bulan Syawal ini dalam suasana gembira seperti juga orang lain. Untuk itu, kalangan mereka yang berkemampuan tidak terkecuali pemimpin setempat, badan-badan sukarela (NGO), syarikat korporat dan individu tertentu bekerjasama menyumbang bantuan  bagi menjayakan misi tersebut. : KitaReporters

Salah seorang penduduk Orang Asal (Orang Asli) di Kampung Sungai Rasau, Puchong menerima pemberian kuih raya dan wang tunai daripada Dr Mariah Mahmud yang diadakan di dewan serbaguna kampung berkenaan. - Kredit foto: PKM DUN Seri Serdang.


Berbagai hadiah bantuan termasuk kuih muih dan wang tunai disumbangkan dalam usaha memberi peluang mereka bergembira menikmati juadah pada sambutan perayaan berkenaan.

Dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang, Selangor, individu golongan asnaf, warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan kategori B40 masih bernasib baik kerana diberikan kemudahan berbagai bantuan seperti itu semasa Syawal.

Namun tidak kurang juga sumbangan bantuan itu disampaikan kepada para penerima berkenaan salepas 1 Syawal disebabkan masalah-masalah tertentu.

Exco Kerajaan Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Dr. Siti Mariah Mahmud dalam kesibukan tugasan harian di Shah Alam turut turun padang  menyampaikan sendiri bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Dr. Siti Mariah Mahmud (tengah) menyerahkan baucer pembelian barangan kepada salah seorang penduduk di Pangsapuri Aman, Puchong, Selangor. - Kredit foto: PKM DUN Seri Serdang.


Sekalipun semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berjalan sekarang, beliau bersama team petugasnya kerap menyusuri zon DUN Seri Serdang merangkumi Puchong, Seri Serdang, Bandar Putra Permai dan sekitar mengagihkan bantuan barangan termasuk keperluan asas sumbangan kerajaan, badan-badan NGO, kalangan korporat serta individu berkemampuan.

Pada Rabu, 27 Mei 2020 beliau meluangkan masa bersama para pegawainya dari Pejabat PKM di Taman Puchong Utama (TPU), Puchong mengaihkan sumbangan wang dan kuih raya kepada masyarakat Orang Asal (Orang Asli) di Kampung Sungai Rasau, Puchong.

Acara ini diadakan di dewan serbaguna kampung berkenaan dengan jumlah penerima sumbangan 30 orang.

Beliau juga kemudiannya ke Pangsapuri Aman, Puchong untuk meyantuni dan menyampaikan baucer pembelian barangan di bawah Program Jom Shopping kepada golongan wanita B40.

Sebahagian penerima wang tunai bawah Program Jom Shopping dari Seksyen 7 Lestari Perdana (LP7) menerima pemberian tersebut daripada Dr. Siti Mariah Mahmud di pekarangan Pejabat PKM DUN Seri Serdang di Kawasan Perniagaan Taman Puchong Utama (TPU), Puchong. - Kredit foto: farah Izzaty Hasnan


Dr Siti Mariah turut menemui kalangan mereka yang daif dan memerlukan bantuan selain individu menghadapi masalah kesihatan.

Sebelum ini, beliau juga telah menyampaikan baucer barangan dan wang tunai kepada 300 penerima golongan asnaf, warga emas dan mereka yang tidak berkemampuan di sekitar DUN Seri Serdang.

Malahan pada minggu terakhir Ramadan, ADUN Seri Serdang ini bersama meraikan golongan yang kurang mampu membeli belah melalui Program Jom Shopping sebagai persediaan raya.

Raya tahun ini juga pejabat DUN ada mengagihkan kuih raya kepada mereka yang terpilih. 

Sebahagian penerima susu asas bayi dan lampin pakai buang menerima barangan tersebut daripada Penyelaras Pusat Wanita Berdaya (PWB), Mazni Said (baju berbunga-bunga sepasang) di Pejabat PKM DUN Seri Serdang di Taman Seri Serdang,Selangor. - Kredit foto PWB DUN Seri Serdang, Selangor.


Sementara itu, Pusat Wanita Berdaya (PWB) DUN Seri Serdang pada hari  yang sama (27 Mei 2020) meneruskan agihan pemberian susu asas dan lampin pakai buang bayi kepada keluarga yang memerlukan dan telah  mendaftar sebelum ini.

Agihan tersebut disampaikan oleh Penyelaras PWB, Murni Said bertempat di PKM DUN Seri Serdang di Taman Seri Serdang, Selangor. - KitaReporters

Dr.Siti Mariah Mahmud  memberi pesanan kepada para penerima sumbangan kuih raya dan wang tunai di Kampung Orang Asal (Orang Asli) Sungai Rasau,Puchong,Selangor. Kredit foto: PKM DUN Seri Serdang


Dr. Mariah Mahmud (tengah gambar kanan) menyerahkan baucer pembelian barang kepada salah seorang ahli keluarga kategori B40 di Pangsapuri Aman, Puchong,Selangor. Gambar kiri, Morni Said (pakaian berbunga sepasang) menyampaikan susu asas bayi dan lampin pakai buang  kepada salah seorang ibu di Taman Seri Serdang. - Kredit foto: PWB dan PKM DUN Seri Serdang.


Sebahagian ibu-ibu daripada keluarga B40 yang menerima baucer membeli barangan mendengar penerangan dari Dr. Siti Mariah Mahmud di Puchong, Selangor. - Kredit foto: PKM DUN Seri Serdang Selangor.

2
0
0
0
0
You will be interested