Seni & Sukan 05 Apr, 2021

Video| Untukmu Cikgu Luar Biasa! Calonkan guru anda untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


ANUGERAH Guru Inspirasi (AGI) McDonald's kembali untuk tahun kelima bagi meraikan guru-guru hebat yang telah menjalankan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik pelajar

Mulai 2 April 2021, McDonald’s mengajak rakyat Malaysia untuk mencalon dan berkongsi kisah mengenai guru-guru yang telah memberi 100 peratus dalam mendidik, membentuk dan memberi inspirasi kepada anda.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan guru


McDonald's Malaysia melalui AGI meneruskan matlamat untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada guru atas semangat dan kegigihan mereka

Seramai 25 guru yang terpilih akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000, manakala pencalonnya pula akan menerima baucar hadiah McDonald's bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan.

Sejak diperkenalkan pada 2017, AGI telah menerima lebih 17,000 pencalonan dengan lebih 81 guru hebat di seluruh negara menerima anugerah itu. 

Inisiatif utama McDonald's ini bertujuan menzahirkan penghargaan kepada  guru-guru yang ikhlas menabur bakti melebihi  tugas-tugas hakiki mereka. McDonald's berhasrat mengiktiraf guru-guru yang bukan sahaja membimbing pelajar dari segi akademik tetapi juga merangsang minda serta memupuk pelbagai kemahiran melalui sikap hormat dan prihatin yang ditunjukkan. 



"Pada tahun lepas (2020), guru-guru di seluruh Malaysia telah menyesuaikan diri dan menunjukkan kebijaksanaan, daya tahan dan kekuatan ketika mereka mengharungi tempoh mencabar yang belum pernah berlaku sebelum ini. Mereka bukan sekadar menggalas tanggungjawab sebagai guru, malah lebih daripada itu. 

"Oleh itu, sebagai menghargai semangat dan kegigihan mereka, kami ingin terus meraikan mereka dengan Anugerah Guru Inspirasi kali kelima ini. McDonald's Malaysia komited untuk memastikan guru-guru rasa dihargai dan mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana membuat perubahan  positif dalam kehidupan pelajar," kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald's Malaysia dalam satu kenyataan media pada 1 April 2021.

Azmir menambah,"Tidak dinafikan guru memainkan peranan yang sangat penting dalam masyarakat kerana merekalah yang membentuk minda generasi muda. Sejak penularan pandemik ini, peranan mereka semakin penting berikutan cabaran yang dihadapi semasa peralihan kepada pembelajaran dalam talian. 



"Beberapa kisah inspirasi telah membuktikan betapa mereka berdedikasi dalam membimbing pelajar dan kami berharap dapat mendengar lebih banyak lagi kisah luar biasa mereka. Sebagai tanda penghargaan bagi pengorbanan mereka, kami mengajak pelajar, ibu bapa dan guru-guru di luar sana untuk menyertai kami dengan mencalonkan seorang guru bagi Anugerah Guru Inspirasi ini," tambahnya dalam kenyataan itu lagi.

Calonkan guru luar biasa anda dengan tiga langkah mudah dan jadikan sambutan Hari Guru yang akan datang lebih bermakna bagi guru anda:



Antara kriteria pemilihan dalam mengenal pasti guru-guru yang dipilih termasuk meningkatkan prestasi akademik pelajar, menggunakan kaedah pengajaran yang inovatif dan lain dari yang lain, menjalankan tanggungjawab melebihi tugas-tugas hakiki untuk membantu pelajar, dan memberi impak positif kepada pelajar.

Penerima anugerah akan dipilih dengan teliti oleh panel hakim yang terdiri daripada wakil McDonald's,Kementerian Pendidikan dan pihak media.

Kongsi kisah inspirasi tentang guru luar biasa anda, sama ada dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina dan hantarkan pencalonan anda pada bila-bila masa pada 2 April hingga 18 April 2021. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested