Gaya 25 Mar, 2020

SUMBANGAN BAGI PELAJAR UUM, TERIMA KASIH!!

@samsudin oli mohamed
34 tahun berpengalaman sebagai Jurufoto Berita Harian, Jurufotografi UUM, Wartawan bebas Akhbar Berita Harian, Harian Metro, Utusan Malaysia, Kosmo, Sinar Harian, Majalah Pendidik, Dewan Masyarakat, Rtm Kedah/Perlis, Penceramah Fotografi, kewartawanan

0

Share this

PEJABAT Menteri Besar Kedah memperuntukkan RM20,000 kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menyediakan makanan kepada pelajar kampus ini yang tidak pulang ke kampung susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan penyakit Koronavirus-2019 (Covid-19) yang berkuat kuasa hingga 31 Mac ini. : KitaReporters 

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir (kiri) menyampaikan sumbangan bekalan makanan makanan kering dan keperluan asas itu kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM Profesor Madya Dr Hendrik Lamsali (tiga dari kanan).


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menyampaikan sumbangan bekalan makanan makanan kering dan keperluan asas itu kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM Profesor Madya Dr Hendrik Lamsali

Beliau berharap sumbangan yang disampaikan itu dapat digunakan oleh pelajar yang berada dalam kampus ini. 


"Saya yakin pelajar yang tinggal dikampus ini lebih terjamin kerana pihak UUM menyediakan segala kemudahan termasuk bekalan makanan, kemudahan  rawatan kesihatan dan yang berkaitan," katanya kepada wartawan Kitareporters selepas menyampaikan sumbangan dan mendengar taklimat daripada Dr Hendrik.

Sumbangan yang disampaikan oleh Menteri Besar Kedah ini akan memberi manfaat kepada  lebih kurang  4,300 pelajar yang tinggal di 15 Inapan Siswa dalam kampus ini. 

Dr Hendrik Lamsali (kiri) memberi taklimat mengenai barangan yang diterima untuk diagihkan kepada pelajar UUM.


Dalam pada itu, Dr Hendrik memberi taklimat dan memaklumkan bahawa 90 peratus pelajar yang berada di dalam kampus ini adalah pelajar tempatan dan bakinya merupakan penuntut antarabangsa. 

Katanya, pihak universiti mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kesihatan dengan memastikan jabatan-jabatan kritikal seperti Pusat Kesihatan Universiti serta unit penyelenggaraan beroperasi sepenuhnya. 

"Pihak universiti juga sentiasa memastikan pelajar yang tinggal dalam kampus ini mendapat makanan percuma tiga kali sehari dan berusaha memenuhi keperluan pelajar," sambungnya lagi. 

Dr Hendrik Lamsali (tengah) sedang menunjukkan data pelajar.


Bagi menjaga kesihatan, pihak UUM juga menyediakan cecair pencuci tangan pembasmi kuman serta mengadakan kempen serta rondaan berkala dengan kerap supaya pelajar lebih peka dengan situasi semasa dan memastikan keselamatan mereka. 

Oleh itu, ibu bapa dan keluarga yang berada di kampung tidak perlu bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka. - KitaReporters

You will be interested

TIADA BAZAR RAMADAN DI TERENGGANU TAHUN INI

Kerajaan negeri membuat keputusan bahawa tiada penganjuran bazar Ramadan pada tahun 2020 ini, bagi menjamin kesihatan rakyat susulan penularan pandemik Covid-19

Noor Hayati Mamat in Gaya 1 day ago

BIJAK!? CURI LORI ROTI UNTUK BALIK KAMPUNG?

Menurut netizen, kemungkinan si pencuri ini bukan mahu mencuri stok roti Gardenia tetapi mahu menggunakan lori tersebut untuk pulang ke kampung dengan mudah
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya 7 hours ago

ALAHAI!! INGKAR PKP, LEPAK MINUM KETUM PULA!

PLima lelaki yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan ditahan polis di sebuah pondok di Jalan Ulu Dedap, Kampung Gajah bersama 17 botol air berisi daun ketum
Asliza Musa in Gaya 10 hours ago

[VIDEO] MAHASISWA UUM UCAP TERIMA KASIH PM!

MAHASISWA UUM) mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana mengumumkan bantuan segera secara one-off sebanyak RM200 kepada semua pelajar IPT
Samsudin Oli Mohamed in Gaya 13 hours ago

KAN DAH KENA!! 38 DIDAKWA INGKAR IKUT PERINTAH

SERAMAI 38 individu termasuk lima wanita didakwa di tiga mahkamah berasingan di Terengganu atas tuduhan mengikari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
Mohammad Ishak in Gaya 18 hours ago