Seni & Sukan 10 Jul, 2021

4 atlet pelayaran berlepas ke Sukan Olimpik Tokyo! Yakin raih pencapaian luar biasa acara laser!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


EMPAT atlet pelayaran negara yakin mampu meraih pencapaian yang luar biasa dalam acara laser pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 dijadualkan bermula 25 Julai 2021 ini. 

Mereka ialah peserta acara Laser Standard, Khairulnizam Mohd Afendy; peserta acara Laser Radial, Nur Shazrin Mohd Latif; serta gadingan Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali yang akan bertanding dalam acara International 470 Wanita

Pengurus Pasukan Pelayaran Olimpik Tokyo 2020, Megat Fairuz Khairuddin berkata, kombinasi pengalaman dan kemahiran baharu daripada beberapa siri kejohanan serta latihan berintensiti tinggi dalam tempoh setahun ini mampu meningkatkan prestasi mereka untuk memperbaiki pencapaian di Enoshima Yacht Harbour yang menjadi tempat acara itu berlangsung. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sukan Olimpik

Kredit foto: FB Malaysia Sailing Association


Pasukan pelayaran negara berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Subang ke Tokyo, Jepun pada 8 Julai 2021 dengan diiringi jurulatih masing-masing iaitu Muhammad Sahir A Rahim, Hafizi Roslee dan Mohd Afendy Abdullah serta pegawai Institut Sukan Negara, Siti Zuraidah Hanib, menurut kenyataan Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) pada 8 Julai 2021.  

Mereka adalah pasukan pertama Malaysia tiba di Tokyo berikutan arahan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sekretariat penganjur supaya berada di Enoshima Yacht Harbour lebih awal untuk menjalani kuarantin sebelum diberi  akses ke venue pertandingan. 

Selain Megat Fairuz, turut mengiringi pasukan pelayaran negara di KLIA semalam ialah Presiden MSA, Dato’ Kamaruzzaman Abu Kassim; dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Ahmad Shapawi Ismail.  


Megat Fairuz Khairuddin


Megat Fairuz berkata, MSA yakin Khairulnizam yang berpengalaman menyertai acara sama pada Olimpik London 2012 dan Olimpik Rio 2016 mampu memperbaiki pencapaian dalam saingan kali ini selepas latihan berintensiti tinggi di Eropah dengan keadaan laut berombak besar dan angin kuat. 

“Berbekalkan hasil dari sesi latihan Khairulnizam di Tenerife, Sepanyol yang juga melibatkan atlet beberapa negara yang layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 seperti Belgium, Trinidad dan Tobago serta El Salvador, kami yakin beliau mampu memperbaiki kedudukan dalam kejohanan itu. 

Khairulnizam adalah atlet Olimpik negara yang berpengalaman dan merupakan harapan kita untuk melihat beliau mempertingkatkan lagi pencapaian dalam acara yang sama di Tokyo, kali ini,” katanya kenyataan MSA itu. 

Prestasi Nur Shazrin juga menunjukkan peningkatan prestasi termasuk menguasai kemahiran mengharungi keadaan yang berombak besar dan pada masa sama kekal kompetatif dalam keadaan ombak kecil dan sederhana. 

“Ini merupakan kebolehan dan bakat semula jadi beliau,” kata Megat Fairuz. 

Mengenai Nuraisyah dan Juni Karimah, beliau berkata, prestasi gandingan atlet dalam acara Internationa 470 Wanita itu dalam juga keadaan yang baik



“Kehadiran pasukan pelayaran lebih awal di Tokyo akan membantu atlet dan jurulatih untuk menyesuaikan diri bagi membolehkan mereka berada dalam competitive mode,” kata Megat Fairuz yang turut memberi laluan kuota akreditasi kepada jurulatih-jurulatih untuk menyertai pasukan pelayaran negara dalam setiap acara. 

Mengenai arena acara pelayaran kali ini, Megat Fairuz berkata, Enoshima Yacht Harbour terletak di Bandar Fujisawa, Wilayah Kanagawa. Ia dibina untuk kejohanan acara sukan layar bagi Olimpik Tokyo 1964 dan kini Olimpik Tokyo 2020. Venue ini mampu menampung 3,600 penonton. 

Untuk makluman, pasukan pelayaran negara secara konsisten menyertai Sukan Olimpik mulai edisi 1996 di Atlanta, Amerika Syarikat selain  Sydney 2000, Athens 2004, Beijing 2008, London 2012, Rio de Janeiro 2016 dan terkini Tokyo 2020. - KitaReporters


 

0
0
0
0
0
You will be interested