Seni & Sukan 15 Jun, 2020

Marshanda dan unicorn berpisah tiada! Semua mamanya belikan!

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this

DUNIA kanak-kanak penuh dengan khayalan, penuh dengan emosi yang kadangkala kita sebagai ibu bapa sukar untuk mentafsirkan apa yang tersimpan di hati, jiwa dan perasaan mereka. Terkadang ada yang menyimpan angan untuk menjadi seperti watak dalam drama atau filem yqng ditonton. Malah lebih daripada itu ingin memiliki koleksi sama dengan watak digemari. : KitaReporters

Koleksi foto-foto : Salizawati Saleh


Naluri kanak-kanak memang suka menyimpan sesuatu apa yang digemarinya. Pengaruh daripada ledakan teknologi serba canggih hari ini bagaikan 'memusatkan' minda mereka kepada apa yang diinginkan. 

Bagi anak lelaki paling tidak menggemari watak Ejen Ali, Boboboi, Upin dan Ipin atau Nobita manakala yang perempuannya menyukai Shizuka, Kak Ros, Doraemon dan Yaya yang memegang watak utama dalam drama animasi tempatan.

Itu sekadar beberapa contoh yang boleh dilihat apabila seseorang kanak-kanak cenderung memilih watak digemari. 

Kesannya? Pasti mereka mahukan koleksi yang tertera watak sedemikian. 

Kotak pensil, buku, beg sekolah, pensil, kasut, stokin, cawan, pinggan anak patung dan sudah pasti mahukan baju yang bercetak watak kesayangan mereka. 

Boleh mengamuk kalau tak dapat ni!!!

Marshanda bersama sebahagian daripada koleksinya


Berbeza pula dengan si cilik Marshanda Sofea Misre yang gemar menyimpan koleksi unicorn atau kuda poni bertanduk satu yang comel. 

Memang comel pun si unicorn ni dengan alis mata yang lentik dan mata yang bulat. Kita yang dewasapun suka melihatnya.

Marshanda berusia sembilan tahun dan bersekolah di  Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Banting, Selangor mula mengumpul unicorn pada penghujung 2018. 

Dia kini miliki ratusan koleksi pelbagai barang yang semuanya beridentitikan si kuda poni bertanduk satu itu. 

Bermula dengan pen dan pensil, kini apa sahaja 'benda' yang tertera gambar kuda poni, Marshanda meminta ibunya, Salizawati Saleh belikan. 

Baiknya hati ibu. Terima kasih ibu 

Antara koleksi unicorn Marshanda 


Antara koleksi unicorn Marshanda 


Kalau nak tahu, koleksi paling mahal yang Marshanda miliki ialah beg sekolah jenama Smiggle berharga RM199 dan yang paling murah dibeli di kedai Eco RM2. 

Nampakkan anak sekecil Marshanda bijak mengumpul koleksi barangan seiring dengan usianya. 

Mahal atau murah dia tak kisah selagi ibu bapa mampu belikan. Tapi biasanya, harga patut patut je kan.

"Marshanda tidak kisah mahal atau murah.. janji ada gambar unicorn kesayangannya. Dan saya hanya belikan satu sahaja setiap jenis barang. Tidak ada duanya. Kalau hilang baru ganti.
"Dia pernah kehilangan sebatang pen tetapi tak menangis pun sebab pennya banyak... kini dia lebih berhati-hati malah dia tidak pernah memberi kepada rakan atau saudara mara sebaya dengannya kerana dia sayangkan koleksinya," kata si ibu, Salizawati Saleh ketika ditemu bual menerusi aplikasi WhatsApp.

Rak buku Marshanda penuh dengan koleksi barangan bertemakan unicorn


Anak bongsu daripada tiga beradik, Marshanda menyimpan koleksinya di dalam almari, rak buku dan di meja tulis. 

Kalau berjalan pula, dia akan membawa satu anak patung sebagai 'teman'. 
"Marshanda akan minta saya belikan unicorn jika kami sekeluarga berjalan di pusat membeli belah. 

"Kalau suka, dia nak.. tak kisahla anak patung ke.. buku.. pensil.. key chain atau apa sahaja yang terselit muka unicorn tu dengan syarat ia belum ada lagi dalam simpanan sedia ada," katanya yang turut membeli secara dalam talian untuk memenuhi kehendak anaknya itu.

Marshanda amat menyukai sebuah kalendar unicorn kerana bentuknya yang sangat menarik, berwarna warni dan comel.

Majlis sambutan hari jadi Marshanda bertemakan unicorn


Adik bongsu kepada Melisa Sharmila dan Miya Syaznira ini juga diraikan dalam majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran bertemakan unicorn. Dan paling menarik hadiah hari jadi yang diterima juga pelbagai koleksi unicorn. 

Bertuahlah kamu!! 

Comel je Marshanda dengan hodie unicorn dan guna beg sekolah jenama Smiggle yang ada gambar unicorn


Poni pun kena pakai tali pinggang keselamatan.


Marshanda pula berkata, dia sememangnya suka dengan unicorn kerana kecomelan wajahnya.

"Unicorn ni comel sangat. Saya suka tengok gambar-gambar yang ada pada baju, kulit buku nota, buku bergambar. 

"Kalau boleh saya nak simpan semua barang yang ada gambar unicorn ni.

"Kalau saya rasa bosan atau kerja sekolah sudah siap, saya mainlah dengan anak patung ni. Lepas tu susun elok-elok tak nak bersepah, nanti mak marah," katanya.
Marshanda berkata, koleksinya itu akan disimpan sebaik mungkin sehingga dewasa. 
"Macam pen, pensil dan buku nota, ada yang saya gunakan juga ketika ini.
"Kakak saya kurang berminat dengan koleksi ini. Jadi ibu boleh penuhi permintaan saya. Harga murah pun tak kisah, janji dapat," katanya.

Marshanda bersama kedua-dua kakaknya


Ibu bapa seharusnya berfikir dengan bijak dalam mengasuh dan mendidik anak. Kehendak dan keperluan adalah dua perkara berbeza. 

Selagi ianya tidak memudaratkan si anak, tidak salah untuk kita penuhi keiginannya. 

Seperti Marshanda, dia berminat dengan kuda poni. Tak salahpun sebab dia boleh guna koleksi pen, pensil, buku, beg sekolah, baju dalam tempoh yang sangat lama. - KitaReporters

Bergambar pun berlatar belakangkan koleksi unicorn

13
8
2
1
4
You will be interested