Seni & Sukan 21 Jun, 2022

Video| Seramnya! Geramnya! Wanita rakam penumpang lelaki sebelah cuba merabanya! Desak tindakan!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


RAMAI wanita agak takut untuk menaiki pengangkutan awam disebabkan beberapa faktor seperti kaum lelaki yang gatal dan cuba melakukan sesuatu yang tidak baik kepada mereka dan menyebabkan kaum wanita kurang selesa akan tindakannya.

Sebuah kejadian di Indonesia telah memaparkan perangai lelaki yang gatal sedang melakukan percubaan meraba seorang wanita di dalam kereta api yang dinaiki di Indonesia.


Lagi



Gadis ini sempat merakam tindakan lelaki gatal ini yang cuba meraba pahanya sehingga kejadian ini tular dalam media sosial

Dari video yang dilihat, kelihatan lelaki yang duduk bersebelahannya cuba meraba pahanya dalam diam. Dalam diam, tangannya semakin lama semakin dekat dengan peha wanita tersebut. 

Gadis itu berpendapat bahawa pada mulanya lelaki tersebut tidak sengaja, namun tindakannya itu lama kelamaan sangat pelik kerana tangannya kerap kali berada di pahanya walaupun dia cuba berkali-kali menjauhkan diri.

"Akhirnya berusaha untuk gerak. Setelah ini ku tegur, eh masih aja dilakuin. Akhirnya aku lapor, minta pindah kursi."

Tambah gadis itu lagi, dia telah menegur lelaki itu sebanyak dua kali namun dia langsung tidak berhenti daripada melakukannya. 

Gadis itu kemudian berhubung dengan pihak pengurusan untuk menukar tempat duduk namun tiada tempat kosong yang boleh diberikan padanya.



Oleh kerana video ini tular dalam media sosial, pihak pengurusan meminta maaf di atas kejadian yang menimpanya dan beliau telah ditukarkan tempat duduk yang lebih selamat.

Kejadian ini telah menyebabkan ramai netizen berasa marah akan tindakan lelaki gatal yang sangat membahayakan dan tindakan perlu dikenakan. - KitaReporters


Perkhidmata kereta api India sediakan koc khas untuk penumpang wanita sahaja.

16
9
0
8
0
You will be interested