Seni & Sukan 19 May, 2022

Video| CikgooTube Batu Pahat cipta lagu! Ikrar Pendidik Malaysia! Semarakkan lagi Hari Guru 2022!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Bangunan PPD Batu Pahat yang dirakam dari udara.


SEMANGAT kesepakatan bagi memeriahkan Sambutan Hari Guru 2022, CikgooTube Batu Pahat (CTBP), Johor bersatu hati menghasilkan lagu bertajuk Ikrar Pendidik Malaysia untuk dinyanyikan bersama-sama rakan guru di semua sekolah daerah berkenaan pada 16 Mei 2022 lalu.

Sebagai tanda kerjasama dan sumbangan bersama menjayakan klip video lagu berkenaan pihak sekolah yang mempunyai ramai guru kreatif dan inovatif serta berkemahiran dalam Teknologi Maklumat (IT) digalakkan untuk menghasilkan video muzik untuk dirangkumkan dalam klip video lagu itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sambutan Hari Guru


Pengerusi CTBP, Anuar Ahmad, berkata 14 warga pendidik dari sekolah rendah, menengah dan Unit Sumber Teknologi Pendidikan (USTP), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) terbabit secara langsung bagi berkongsi idea menghasilkan lagu itu.

Menurutnya, daripada perbincangan serta idea yang dikemukakan itu dia mengambil masa dalam satu jam untuk menghasilkan melodi dan lirik lagu berkenaan diikuti dengan latihan yang dinyanyikan beberapa guru berbakat dalam kalangan CTBP.

Jelasnya, penghasilan lagu berkenaan juga secara tidak langsung sebagai aktiviti CTBP dalam menyemarakkan  jiwa pendidik kepada semua guru di daerah itu bersempena menyambut hari istimewa berkenaan apabila dua tahun lebih terkesan dengan pandemik Covid-19.


Warga pendidik berdiri di depan bangunan PPD Batu Pahat bagi menjayakan klip video lagu Ikrar Pendidik Malaysia.


“Menggunakan pengalaman sebagai komposer lagu saya berusaha menghasilkan melodi dan lirik yang mampu meninggalkan kesan mendalam dalam hati semua warga pendidik dan berasa bertuah apabila mendapat sokongan dari semua CTBP termasuklah Cikgu Fauzi Ahamad dan Cikgu Rahimi Wahab selaku Chief CikgooTube,” katanya.

Anuar berkata, paling menarik hasil kerjasama dengan USTP PPD Batu Pahat itu turut memberi galakkan kepada pihak sekolah menyumbang video pendek berdurasi kurang daripada 20 saat yang diedit semula untuk digabungkan menjadi klip video lagu berkenaan.

Menurutnya, video yang disumbangkan pihak sekolah itu membabitkan pelbagai aksi atau lakonan bersahaja berkaitan seperti hubungan antara guru dengan murid dan tidak menyalahi nilai agama serta norma hidup rakyat Malaysia yang berpegang kepada Rukun Negara.


Anuar Ahmad (kanan) bersama-sama rakan vokalis menyiapkan rakaman lagu Ikrar Pendidik Malaysia yang akan dinyanyikan semua guru di daerah Batu Pahat pada Sambutan Hari Guru 16 Mei 2022 lalu. 


“Video dikirimkan ini dipastikan mendapat izin dan kebenaran pemilik video, guru serta murid yang terbabit terlebih dahulu sebelum CTBP mengeditkan semula untuk dirangkumkan dalam klip video lagu itu yang menambahkan lagi daya tarikan,” katanya.

Antara guru terbabit dalam tugasan rakaman lagu berkenaan ialah menyusun muzik Cikgu Aliff dari Sekolah Kebangsaan (SK), Bukit Rahmat , Cikgu Halina SK Rengit (rakaman suara),  Cikgu Halina, Cikgu Nora, Cikgu Razi , Cikgu Anuar dan Cikgu Aliff (vokalis).

Rakaman video diselenggarakan Cikgu Fauzi dari SK Kampung Baru, Cikgu Yunos (suntingan video), Cikgu Rahimi dan Aina (pengarah produksi) serta Zaidi wakil PPD.


Antara video berdurasi 20 saat yang dirangkumkan dalam klip video lagu Ikrar Pendidik Malaysia.


Lirik lagu Ikrar Pendidik Malaysia

Dengan ikrar menjunjung cita negara,

dan mengamal prinsip-prinsip rukun negara,

kami janji kami akan terus berbakti,

kamilah barisan pendidik Malaysia. 


Melonjakkan kecemerlangan pelajar,

melahirkan generasi yang berguna,

menghasilkan modal insan yang berkualiti,

kamilah barisan pendidik Malaysia. 


Membangunkan kepakaran kemenjadian,

membangunkan potensi berkemahiran,

membimbing generasi berinovasi,

membina perpaduan kemakmuran.


Kamilah guru yang beraspirasi,

kepimpinan membudaya kecemerlangan,

memaksimum potensi guru berkualiti. 


Kamilah barisan pendidik Malaysia

ikrar kami meningkatkan keberhasilan

memperkasa transformasi pendidikan.


Lagu/lirik: Anuar Ahmad@CikguBob


42
10
1
10
0
You will be interested