Seni & Sukan 17 May, 2022

Video| Salam, Wan Khair Amir! Mira Filzah, suami umum nama anak sulung! Selepas tahnik, bercukur!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Rambut Wan Khair Amir Wan Emir Astar sedang dicukur. - Kredit foto: Mira Filzah @mfmirafilzah



PELAKON Mira Filzah dan suami Wan Emir Astar mengumumkan nama putera kesayangan mereka sebagai Wan Khair Amir Wan Emir Astar selepas tujuh hari kelahiran atau pada hari ibadat tahnik dan bercukur pada Isnin, 16 Mei 2022 malam dan disiarkan melalui Instagram masing-masing. 

Ibadat tahnik dan bercukur dipimpin oleh pendakwah terkenal Ustaz Don Daniyal Biajid.

Pasangan suami isteri ini turut melancar IG untuk si kecil atas nama @wankhairamir. Buat peringkat pemulaan ia hanya memuatkan keratan video majlis yang berlangsung pada hari Isnin malam itu.


"Hari ini hari ketujuh bersama putera tersayang kami. Dengan rasa penuh keinsafan dan kesyukuran kami menamakan putera kami Wan Khair Amir Wan Emir Astar.

"Khair membawa makna baik dan elok yang juga diambil daripada nama arwah papa, Wan Mohammad Khair-il Anuar.

"Amir pula bermaksud orang yang memegang perintah dan pemimpin. Nama ini juga diambil sebagai variasi daripada nama kami berdua iaitu Emir dan Amirah," kata Mira dalam coretannya dalam IG.

Pasangan ini juga bersyukur ibadat tahnik dan bercukur untuk anak sulung mereka disempurnakan dengan baik.

"Alhamdulillah, ibadat tahnik dan bercukur selamat dilaksanakan, jazakkallahu khairan buat Ustaz Don Daniyal kerana meluangkan masa untuk bersama kami dalam majlis keluarga ini.

"Moga sunnah Rasulullah SAW terus hidup dan mekar dalam setiap langkah kehidupanmu wahai putera kami," kata pasangan suami isteri ini. 


Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah Badiozaman, 29, dan Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 32, turut memberi doa terbaik buat anak sulung mereka.

"Ya Rabb, kami akan usaha, mengharap dan bertawakal kepada-Mu, agar dipimpin setiap langkah Wan Khair Amir dalam menempuh kehidupan di bumi-Mu ini, membesar sebagai anak yang baik dan soleh serta menjadi insan yang berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air... Amin," kata mereka.

Wan Khair Amir dilahirkan pada 10 Mei 2022 bersamaan Syawal kesembilan setelah Mira dan Wan Emir Astar berkahwin pada 3 September 2020. - KitaReporters


15
12
0
13
0
You will be interested