Seni & Sukan 09 Jun, 2022

Video| Tolong kami! Bantu Zamani! Nak buat konsert untuk biayai pembedahan! Ubati sakit skoliosis!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Zamani menceritakan penyakitnya dalam program MeleTOP. - Kredit foto: IG @MeleTOP

PENYANYI Zamani Ibrahim, 51, tetap ingin melakukan pembedahan bagi penyakit skoliosis (sakit tulang belakang) walaupun peluang untuk sembuh sepenuhnya begitu kecil

Setelah menjalani perubatan secara tradisional tetapi tidak mendatangkan kemajuan, Zamani tekad untuk melakukan rawatan moden termasuk melalui pembedahan.

Kerana kos pembedahan menelan perbelanjaan tinggi dan dia tidak mempunyai jumlah simpanan yang banyak, penyanyi kumpulan Slam ini bercadang untuk mengadakan konsert atau sekurang-kurangnya showcase.

Lagi cerita-cerita menarik dan pilu berkaitan Zamani Slam



Zamani berkata demikian dalam program ‘MeleTOP’ dalam Astro Ria pada Selasa, 7 Jun 2022. Dia menjadi salah seorang artis undangan.

Menurut Zamani, dia baru menyedari keadaan badannya yang semakin membongkok akibat penyakit 'Idiopathic Scoliosis' itu daripada video-video peminat yang tular dalam laman sosial.




Menceritakan keadaan terkini kesihatannya,  Zamani mengakui tulang belakangnya semakin teruk dan sakit jika ia terus dibiarkan.

"Saya tak marah bila orang kongsi video tersebut, cuma agak terasa bila orang tunjuk keadaan kita. Tapi bila saya tengok balik video tu, barulah saya nampak keadaan sebenarnya saya dan nampak teruk dari sisi tepi.

"Sebelum ni tengok cermin, nampak depan je tapi bila tengok keadaan sebenar dari tepi, saya sedih sebenarnya," kata  Zamani. 


"Sebenarnya keadaan kesihatan saya semakin teruk sebab saya dah tak boleh nak berdiri tegak. Sekarang saya kena buat pembedahan masukkan besi untuk menyokong tulang belakang.

"Saya agak risau sebab perut belah kanan ni makin lama makin takde daging. Dia dah kosong dan saya takut. Sekarang memang sangat sakit sebab dia dah cucuk rusuk. Saya nak jalan pun susah, nak bekerja. Buat masa sekarang saya makan ubat tahan sakit sebab belum ada ubat yang dikhaskan untuk skoliosis," tambahnya.

"Peluang untuk sembuh tu sangat kecil sebab takut hasilnya makin teruk, saya kena duduk atas kerusi roda. Tapi saya tiada pilihan lain dah, saya ingat bila guna cara perubatan tradisional boleh sembuh tapi sekarang tiada perubahan dan makin teruk," kata  Zamani.

Antara gambar-gambar yang memperlihatkan sakit dialami Zamani

Menurut Zamani, penyakit skoliosis yang dialami badannya itu sudah berlarutan selama 20 tahun. 

"Kini saya dan doktor masih pada peringkat perbincangan kerana pembedahan ni melibatkan banyak pihak seperti isteri saya, keluarga dan juga peminat.

"Saya pun takut sebenarnya, saya sedang fight dengan karier saya dan saya perlukan banyak sokongan daripada orang disekeliling untuk beri saya semangat. Ini pun antara hidup dan mati,” katanya dalam ‘MeleTOP’ yang dihos oleh Nabil Ahmad dan Sherry AlHadad itu.


Zamani bersama isteri yang setia menjaganya

Zamani mengucap terima kasih kepada isterinya kerana memberi kasih tidak berbelah bagi terhadapnya dari sejak sihat hingga sakit kini.  

Setelah lama hidup membujang Zamani memilih Nur Juliana Abdul Rani  sebagai pasangan hidup pada 20 September 2019. - KitaReporters


11
9
0
10
0
You will be interested