SABRI Mohd Noor bersalam dengan pengadil dan pemain sebelum pertandingan liga itu berlangsung.
PASUKAN Keranji FC muncul sebagai juara apabila pasukan dari Telaga Papan, Setiu itu berjaya mengalahkan pasukan Saujana FC dengan sepakan penalty 4-3 dalam Kejohanan Bola Sepak Liga ADUN Permaisuri 2022 pada Isnin 21 Februari 2022.
Pada program yang berlangsung di Stadium Mini Sungai Tarom, Bandar Permaisuri itu, Keranji FC membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 berserta piala.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kejohanan bola sepak
PASUKAN Keranji FC juara Liga Kejohanan Bolasepak ADUN Permaisuri 2022.
Sementara itu, Saujana FC yang sebelum itu terikat keputusan seri 0-0 dengan Keranji FC itu mampu
meraih naib Johan dengan mendapat hadiah RM1,000.
Tempat ketiga dimenangi bersama oleh pasukan Majlis Daerah Setiu (MDS) FC dan Tasek FC yang masing-masing mendapat hadiah wang tunai RM500.
PASUKAN Saujana FC mendapat naib johan.
Seorang pemain pasukan Keranji FC, Mohd Aizuddin Che Aziz dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam kejohanan tersebut untuk merebut piala yang disumbang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh.
Hadiah para pemenang disampaikan oleh ADUN Kawasan Langkap, Datuk Sabri Mohd Noor.
PEMAIN terbaik, Mohd Aizuddin Che Aziz (kanan) menerima hadiah dari Sabri Mohd Noor di Stadium Mini Sungai Tarom, Bandar Permaisuri.
Hadir sama pada kejohanan tersebut ialah ADUN Kawasan Batu Rakit, Bazlan Abd. Rahman; Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superitendan Afandi Hussin; dan Yang Dipetua MDS, Ahmad Rizal Mamat.
Turut hadir pada program itu adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Setiu, Ahmad Abidillah Ariffin; Setiausaha UMNO Setiu, Iskandar Jaafar; dan Bendahari UMNO Setiu, Datuk Abdul Rahman Mat Yassin.
KEDUA pasukan yang berjaya ke pertandingan akhir Liga Kejohanan Bola Sepak ADUN Permaisuri 2022 di Stadium Mini Sungai Tarom, Bandar Permaisuri pada 21 Februari 2022.
Sebanyak 18 pasukan bola sepak dari DUN Permaisuri menyertai kejohanan liga bola sepak itu yang mula diadakan sejak 21 Januari 2021 lalu.
Ia termasuk pasukan dari Bukit Grebar FC, Pancur Merah FC, Seladang FC, Bahagia FC, Pantai FC, Buluh Permai FC, Kancil FC, Banggol FC, Beris Tok Ku FC, Telaga Papan FC, IPD Setiu FC, Ladang Cahaya Ikhtiar FC, Putera Jaya FC dan Bintang FC.
Sementara itu, Sabri berkata, program yang dianjurkan itu
untuk mencungkil bakat baharu dalam kalangan pemain di DUN Permaisuri khususnya
di daerah Setiu.
Menurutnya, menerusi aktiviti sukan seperti itu ia bukan sahaja dapat mengisi masa lapang golongan pemuda malah ia secara tidak langsung dapat mempereratkan lagi hubungan antara mereka.
“Saya sendiri pun tidak menyangka, sambutan program ini amat mengalakkan kerana ramai kaum wanita yang hadir sama untuk menyaksikan pertandingan bola sepak yang diadakan petang ini,” katanya. - KitaReporters
SEORANG penonton yang bernasib baik cabutan bertuah mendapat sebuah basikal yang disampaikan oleh Sabri.
habis