Seni & Sukan 13 Mar, 2022

Video| Kelas dah jadi macam kelab? Guru tadika ditegur! Tip bila malas masak nasi! Boleh pakai ke?

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


LAGI beberapa minggu penggal sekolah akan dibuka semula, semua pelajar baru akan mendaftar ke penggal baru. Guru-gurulah adalah orang yang paling sibuk sekarang menyiapkan semua kemudahan untuk anak murid mereka.

Guru-guru akan menghias kelas dengan pelbagai tema yang sangat cantik dan menarik perhatian sebelum murid-murid melapor diri. Dan bagi guru prasekolah ini, dia telah memuat naik gambar kelas selepas dihias.

Bagaimanapun guru prasekolah ini menerima satu luahan perasaan tidak puas hati daripada seorang pemilik Twitter yang merasakan hiasan kelas tadika ini tidak sesuai untuk pelajar berusia 5 hingga 6 tahun.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tadika


Oleh kerana ciapan tersebut, warga maya lain juga memberi komen kepada guru ini dan setuju dengan pendapat bahawa hiasan kelas ini tidak sesuai. Namun, ada juga yang tidak bersetuju dengan pendapat kelas ini tidak sesuai. 

"Too much light. Boleh silau, rosakkan mata. Even dekat satu negara (I don’t remember) diorang banned pokemon sebab animasinya banyak flashlight,” menurut satu komen.



Ada juga yang berpendapat bahawa kanak-kanak tadika prasekolah hiasan kelasnya perlu menenangkan dari segi cat yang digunakan dan hiasan perabot di dalam kelas tersebut.

Kanak-kanak sangat suka warna warni, jadi bermainlah dengan warna-warna terang bagi menarik perhatian kanak-kanak.



Sementara itu, selalunya kalau nasi anda tidak habis, pasti akan disimpan di dalam peti ais untuk dibuat nasi goreng pada esok harinya, kerana petua orang dulu-dulu nasi yang sejuk sedap dibuat nasi goreng. Ada juga orang yang membuat bubur nasi atau kuih. 

Namun, baru-baru ini seorang netizen telah membuat perkongsian bahawa dia akan mencampurkan nasi lama dan beras baharu dan dimasakkan di dalam satu periuk nasi.

Korang mesti rasa pelik kan? 



Netizen ini juga telah berkongsikan video bagaimana dia telah memasak nasi yang baharu nak dimasak dengan nasi lama sekali di dalam satu periuk

Beliau memberitahu jika mereka yang malas untuk mengeluarkan nasi lama dari dalam periuk, boleh gunakan cara ini dengan mencampurkan beras baru ke dalam nasi yang lama.

Nasi yang masak juga akan kelihatan berbeza kerana dua gabungan ini. Namun, netizen ini menyarankan untuk menggunakan nasi yang masih elok untuk dimakan bukannya yang sudah basi.



Lantaran daripada posting video Tiktok ini, rata-rata netizen mengecam tindakan wanita ini kerana tip yang diberikan adalah untuk mereka yang malas dan akan menyebabkan nasi cepat basi.

Malahan, warga maya juga mengajarnya untuk mengasingkan nasi lama terlebih dahulu. Apabila nasi sudah masak barulah nasi lama dan baru dicampurkan.

Namun, ada juga yang mengatakan tindakannya tak salah bagi mengelakkan pembaziran.

Apa-apapun, setiap orang mempunyai cara tersendiri, tiada salah dan tiada betul. - KitaReporters


12
10
0
11
0
You will be interested