Seni & Sukan 22 Dec, 2020

Video| Salah Tapi Baik! Karya teristimewa daripada Cakra Khan

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

SIAPA tidak mengenali penyanyi yang bernama Cakra Khan dari Indonesia ini? Memiliki suara merdu serak-serak basah, rupanya Cakra sudah 10 tahun berada dalam industri muzik  dan tempoh itulah yang dijadikan ceriteranya dalam single terbaharu, “Salah Tapi Baik’ bagi menutup tirai tahun 2020. - KitaReporters


Lagi kisah-kisah berkaitan Cakra Khan:

https://kitareporters.com/search?search=cakra+khan


Apa sebenarnya yang ingin disampaikan pemilik nama sebenar Cakra Konta Paryaman, 28,  selama sedekad perjalanan seninya itu?

Sebagai manusia biasa, walaupun kerjayanya berjalan cemerlang namun itu tidak bermaksud Cakra Khan tidak pernah mengalami kisah duka, pahit dan jerih seperti lagu-lagu hits yang pernah dinyanyikan beliau antaranya seperti ‘Harus Terpisah’, ‘Setelah Kau Tiada’ mahu pun “Kau Memilih Dia’ dan banyak lagi.

Namun pengalaman pahit yang dilaluinya menjadikan Cakra seorang yang kuat dan semakin kendiri. Suara emas yang dimilikinya disertai dengan penghasilan yang tidak pernah putus, membuatkan namanya tidak pernah luput dan lagu-lagunya sering kali ditunggu-tunggu kemunculannya oleh peminat setianya.




Segala yang dilalui oleh Cakra selama sedekad, banyak mengajar dirinya tentang hidup, cinta, salah dan baik. 

Sehubungan itulah lagu terbaharunya ‘Salah Tapi Baik’ menjadi penutup kalendar tahun 2020 sekali gus bercerita kisah 10 tahun perjalanan seninya.

"Ini adalah karya paling istimewa sepanjang kerjaya saya, bukan hanya indah, lagu ini sangat dekat dengan perasaan dan hati saya,” akui Cakra Khan.

Pelantun lagu ‘Seluruh Cinta’ yang merupakan satu-satunya lagu beliau berduet dengan penyanyi tersohor negara, Dato Seri Siti Nurhaliza ini mengakui sangat bangga dan terharu diberi kepercayaan membawakan lagu ‘Salah Tapi Baik’. 


Cakra menganggap lagu tersebut merupakan hadiah daripada tiga individu penting yang menjadi saksi perjalanan hidupnya dari hari pertama lagi, iaitu Pak William Chow, Putri Rahartana dan sahabat karibnya, Ade Govinda

"Ada bahagia tapi tak bersama" merupakan salah satu bait lirik menyentuh hati yang terdapat dalam lagu ‘Salah Tapi Baik’ di mana ia menceritakan tentang pengalaman yang mendewasakan dan mematangkan  dirinya. 

“Ia membawa maksud bahawa tidak semua perkara itu tidak baik, kerana rindu dan doa adalah perkara yang baik,” ulas Cakra penuh makna.



Menurut beliau,  ‘Salah Tapi Baik’ merupakan sebuah lagu easy listening yang dicipta secara minimal, di mana tumpuan diberikan pada liriknya yang kuat dan mempunyai maksud yang mendalam. 

Melodinya dicipta dengan begitu halus sekali, ditambah pula dengan suara lunak Cakra yang tidak perlu dipertikaikan lagi secara kekuatannya lantas melengkapi keindahan lagu ini bagi memikat halwa telinga pendengar dan penggemar muzik khusus peminatnya.

Lebih menarik lagu yang dilancarkan pada tanggal 18 Disember 2020 lalu disusuli dengan pelbagai acara khas sekali gus. 



“Ia diputarkan serentak di 18 buah stesen radio di 18 kota yang berbeza waima pada konsert muzikal istimewa ‘Kisah 10 Tahun Salah Tapi Baik’, ia menghimpunkan 18 pemain muzik yang ditayangkan serentak oleh 18 rakan media, bukan hanya di Indonesia bahkan di Malaysia juga,” tambah Cakra sambil meluahkan perasaan gembira apabila lagu terbaharunya itu turut dilancarkan di seluruh platform digital pada tarikh sama.

“Semoga lagu ini menjadi ‘pengubat rindu’, mewakili mereka di luar sana yang masih setia mencintai dan merindui  Cakra dalam doa, “ harapan Ketua Label Muzik Rocketfuel Records, Feros Sayna.

Lagu ‘Salah Tapi Baik’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman DALAM talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. - KitaReporters


0
0
0
0
0
You will be interested