Seni & Sukan 28 Nov, 2020

Video| Tahniah 'Didi & Friends' Indonesia! 1 Juta Langganan!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

SEJAK wabak COVID-19 melanda negara waima sekolah pun tutup, peningkatan dalam langganan dalan saluran YouTube  khususnya pada program kanak-kanak memperlihatkan perkembangan sihat apabila siri animasi popular kanak-kanak ‘Didi & Friends’ versi bahasa Indonesia telah berjaya meraih 1 juta langganan. Ini namanya rezeki dan hikmah di sebalik setiap dugaan ya tak? - KitaReporters 



Lagi kisah-kisah berkaitan animasi:

https://kitareporters.com/search?search=animasi


Dengan lebih daripada 32 juta jam tontonan, pencapaian ini membuktikan perkembangan jenama ‘Didi & Friends’ di persada antarabangsa amat menggalakkan sejak pelancarannya pada April 2017. 

“Kami melihat terdapat peningkatan dalam langganan dalam saluran YouTube Didi & Friends versi bahasa Indonesia malah peminat siri animasi ini turut menonton lebih kerap setiap hari,” ujar Penerbit ‘Didi & Friends’, Che Yusaidi Che Yusoff.

Menurutnya, melalui kajian yang dilakukan, saluran YouTube berkenaan telah menerima sambutan yang baik bukan sahaja dari negara jiran serumpun tu bahkan turut menarik minat ekspatriat warga Indonesia yang menetap di Malaysia.

Sehubungan itu, kini ‘fanbase’ ‘Didi & Friends’ di Indonesia merupakan pasaran antarabangsa terbesar bagi siri animasi ini.




“Saya mewakili Digital Durian bersyukur kerana dapat mengakhiri tahun 2020 ini dengan pencapaian berskala global,” tambah Che Yusaidi dalam perasaan bangga atas pencapaian itu walaupun industri seni terkesan dek pandemik koronavirus.

Berjanji akan kekal komited untuk menghasilkan kandungan baharu bagi peminat-peminat Didi & Friends di seluruh dunia, Che Yusaidi memberitahu, Digital Durian berhasrat untuk menjadi jenama animasi kanak-kanak Top 10 di dunia dalam YouTube, dan akan meneruskan semangat jitunya dalam penciptaan kandungan yang terbaik bagi peminat-peminatnya di Indonesia dan di seluruh dunia.

“Kami akan menghasilkan kandungan baharu dengan penterjemahan ke pelbagai bahasa yang lain bagi kesemua platform dalam talian mahupun di kaca televisyen,” jelas Che Yusaidi.



Selain daripada usaha-usaha pengedaran secara penyiaran tempatan dan di Indonesia, Didi & Friends juga boleh didapati dalam lima bahasa lain seperti bahasa Inggeris, Thai, Sepanyol, Portugis dan Hindi. 

Berkisarkan sekawan tiga ekor ayam serama muda bernama Didi, Jojo dan Nana serta kawan-kawan haiwan antropomorfik yang menyanyikan lagu kanak-kanak antara lainnya, mencipta sejarah pada tahun 2018 apabila ia menjadi filem pawagam pertama francais berbentuk filem muzikal ‘Konsert Hora Horey Didi & Friends’ dengan penampilan istimewa penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Siri animasi Didi & Friends bersiaran di Astro Ceria setiap Isnin, jam 11 pagi. Kesemua episod Didi & Friends boleh distrim secara eksklusif bagi pelanggan Astro melalui aplikasi Astro GO. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Didi & Friends, layari www.didiandfriends.com. - KitaReporters


1
0
0
1
0
You will be interested