Seni & Sukan 31 May, 2020

Pelajar jadi usahawan muda masa PKP! Jual pokok buah tin!!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

PENUTUPAN sekolah kerana wabak COVID-19 membuka pintu rezeki kepada Haziq Hakimi Nazarudin, 15, di Melaka untuk mendapatkan wang bagi digunakan sebagai wang perbelanjaan untuk emak dan ayah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) yang masih dikuatkuasakan sekarang. : KitaReporters

Haziq Hakimi Nazarudin bersama emaknya Ani Musa menunjukkan pokok buah tin yang dah mula hasilkan buah.


Anak sulung kepada lima beradik ini menjadikan hasil jualannya itu sebagai pendapatan harian sejak PKP apabila ayahnya yang berniaga terputus mata pencarian.

Penanaman pokok buah tin ini menjadi pilihan kerana ia berkhasiat merawat pelbagai jenis masalah kesihatan temasuk keradangan, kelumpuhan, penyakit hati, masalah pernafasan dan penyakit kulit.

"Buah tin sememangnya masih asing di negara ini tetapi hasil penyelidikan tanaman buah tin di Malaysia mendapati boleh ditanam dalam iklim Khatulistiwa dan boleh dituai sepanjang tahun mengikut pembacaaan saya melalui Internet," kata Haziq, seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Agama Jaim Al-Mahdi, Sungai Udang, Melaka

Ibu Haziq, Ani Musa sentiasa membantu anaknya menguruskan pokok yang ditanam.


Penjagaan yang rapi ke atas pokok yang ditanam.


Pada permulaan Haziq, mendapatkan benih dari nurseri berhampiran rumahnya dan menyemai sebelum dijual kepada rakan-rakannya dengan harga serendah RM10 sepokok.

Namun Haziq tidak berpuas hati dengan benih yang dibeli lalu meminta bantuan ayahnya untuk mendapatkan benih yang lebih baik dari luar negara.

"Saya bukan sahaja berjaya mendapatkan bantuan daripada rakan saya di USA untuk mendapatkan pembelian benih itu, malah panduan penanaman turut diajar secara tontonan melalui Skype," kata ayah Haziq, Nazarudin Mohd Yusof, 39.“Kami sentiasa memberi galakan dan sokongan kepada Haziq untuk meneruskan impiannya dalam bidang pertanian ini," kata emaknya, Ani Musa, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Katil.  

Haziq menumpukan kerja penanaman pokok di rumahnya.


Selepas menerima benih pokok buah tin itu, Haziq meminta emak dan bapanya membuka akaun media sosial Facebook untuknya.

Melalui akaun Facebook itu, Haziq mengiklankan produk tanamannya dan berjaya mendapat tempahan secara online daripada rakan-rakan dan orang ramai.

(FB: https://www.facebook.com/profile.php?id=100050967696509)

"Saya tidak berpuas hati dengan usaha ini dan amat berharap dapat membina rumah hijau sehingga membolehkan pokok ini menghasilkan buah nanti," katanya ketika dihubungi.

Pokok yang disemai mula mengeluarkan hasil untuk dijual.


Walau bagaimanapun, Haziq tetap gembira kerana bukan sahaja dapat membantu keluarga, malah dapat mengusahakan tanaman pokok buah tin di negara ini.

Buah tin mempunyai pelbagai jenis spesies dan warna yang berbeza seperti merah, hitam, hijau, kuning serta perang. - KitaReporters

Haziq bersama ibu bapa dan neneknya bersiap sedia untuk menghantar tempahan pokok buah tin.

21
2
1
2
2
You will be interested