KISAH keluarga Neelofa Mohd. Noor rupa-rupanya tiada penghujung. Selain Neelofa yang belum lagi selesai dengan ‘masalah’ yang dicipta sendiri, kini ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed pula ‘bikin drama’.
Membaca komen netizen yang sememangnya sudah ‘sakit hati’ dengan perangai keluarga Neelofa, rata-rata agak sukar untuk terima kenyataan penjelasan Noor Kartini yang turut dimuat naik dalam Instagram miliknya, (@noorkartini).
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Neelofa
Noor Kartini Noor Mohamed membuat laporan polis berkaitan tangkap layar yang dimuat naik di Instagramnya.
Malah pihak pengurusan Kartini turut menghantar mesej dalam aplikasi WhatsApp kepada media berhubung isu berkenaan bagi menjelaskan perkara sebenar.
Dalam kenyataan tersebut, Kartini menjelaskan bahawa apa yang berlaku adalah atas kecuaian pekerjanya.
Laporan polis yang dibuat oleh Kartini di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail.
"Berhubung tangkap layar daripada media sosial (Instagram story) saya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia, saya ingin jelaskan, perkara tersebut berlaku atas kecuaian salah seorang pekerja saya yang mempunyai akses kepada media sosial (Instagram) saya," jelasnya.
Antara tangkap layar perbualan antara Noor Kartini dengan pekerjanya itu.
Menurut Kartini, pekerja tersebut merupakan pengurus media sosial di
Noor Khan International Sdn. Bhd., yang secara tidak sengaja telah memuat naik
Instagram Story tanpa menyedari menggunakan akaun @noorkartini.
"Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr.
Ismail berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.
"Kepada Istana Negeri Johor terutamanya DYMM Tuanku Sultan Johor dan seluruh ahli keluarga Diraja, patik merafak sembah memohon maaf di atas kecuaian yang terjadi," katanya.
Kenyataan permohonan maaf daripada Noor Kartini.
Penjelasan daripada Kartini itu berkaitan dengan sebuah tangkap layar (screenshot)
daripada akaun Instagram @noorkartini iaitu milik beliau dibuat tanpa
pengetahuannya.
Dalam tangkap layar tersebut, menunjukkan imej dan titah Sultan Johor,
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkaitan isu cadangan sekatan penuh bersasar
bagi menangani kebimbangan lonjakan penularan Covid-19.
Bagaimanapun, disertakan sekali dalam imej itu, kata-kata yang
mempertikai niat dan saranan Sultan Johor tersebut.
Netizen yang tidak berpuas hati dengan gaya bahasa yang digunakan itu,
telah menularkan tangkapan skrin itu sehingga mendapat perhatian anakanda ketiga Sultan Ibrahim, Tunku Idris.
Tunku Idris menerusi akaun Instagramnya pada 30 Mei 2021 menulis kata-kata, "Sesungguhnya adab itu tidak akan boleh didapati dengan jual beli, akan tetapi ia adalah suatu yang terbit di dalam hati setiap insan yang dididik dengan baik..."
Kata-kata hikmah yang dimuat naik oleh Tunku Idris di Instagram.
Selain itu, pihak pengurusan Kartini turut memberikan tangkapan skrin perbualan antara Kartini dengan pekerja yang didakwa telah menyalah guna akses akaun beliau. - KitaReporters