Seni & Sukan 15 Feb, 2021

PKPD: Penduduk 4 kampung di Hulu Besut terima bekalan makanan! Bantuan akan terus diagihkan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Anggota RELA dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Besut  siap sedia untuk mengagihkan bekalan makanan


PENDUDUK di empat kampung dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut yang terkurung selepas kawasan terbabit dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bersyukur apabila pihak berkuasa mengagihkan barangan keperluan kepada keluarga terbabit. 

Pengagihan barangan keperluan tersebut melegakan penduduk kerana mereka tidak dapat keluar untuk membeli belah berikutan kampung berkenaan dikenakan PKPD selama dua minggu bermula pada Ahad, 14 Februari 2021.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan PKPD:

https://kitareporters.com/search?search=PKPD


Bekalan makanan dikumpulkan di Dewan Datuk Seri Idris Jusoh sebelum diedarkan oleh sukarelawan khas


Kampung terbabit ialah Darau, Awek, Lepang Kejur dan Padang Baloh adalah kampung pertama di daerah Besut yang dikenakan PKPD berikutan pengesanan kes COVID-19 yang tinggi dalam kalangan penduduk.

Berikutan pelaksanaan PKPD tersebut lebih 2,000 penduduk tidak dapat melakukan sebarang aktiviti kehidupan seharian dalam tempoh berkenaan.


Rahim Harun


Penduduk Rahim Harun, 60, dari Kampung Darau berkata, beliau bersyukur kerana pihak berkuasa mengambil cakna terhadap semua penduduk yang terkesan akibat pelaksanaan PKPD di kawasan berkenaan. 

Katanya, pengagihan barangan keperluan pada hari pertama mereka berada dalam PKPD memberi semangat kepada penduduk kerana sebahagian besar mereka tidak dapat melakukan kerja harian menyebaabkan sumber pendapatan terjejas.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) berharap pihak berkuasa terus menyalurkan pelbagai bentuk bantuan bagi meringankan beban hidup penduduk terbabit.  

“Sebahagian besar penduduk yang terlibat dengan PKPD adalah golongan petani dan mereka kini hilang sumber pendapatan harian,” katanya. 


Sekatan Jalan Raya di Kampung Cegar Batang, Hulu Besut


Pelaksanaan PKPD tersebut menyebabkan pihak berkuasa menutup semua laluan masuk ke kampung terbabit temasuk 13 jalan tikus dan laluan utama dari Kertih ke Hulu Besut, bagi mengekang penduduk keluar masuk ke kawasan zon merah tersebut.

Sementara itu, Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihaknya akan menyelaraskan pengagihan bantuan bekalan dan keperluan kepada penduduk menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan semua penduduk mendapat bantuan. - KitaReporters


Idris Jusoh

 

3
4
1
0
0
You will be interested