Seni & Sukan 26 Nov, 2021

Cakna rakyat! KRT empat zon di daerah Besut bantu komuniti! Melalui Program Ziarah Perpaduan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Pengarah JPNIN Terengganu Mohd Rosli Alias menyampaikan barangan dapur kepada seorang penduduk keturunan Cina di Bandar Jertih


KELANGSUNGAN hidup yang dialami komuniti setempat berikutan kemiskinan dan masalah kesihatan memerlukan keprihatinan pelbagai pihak membantu golongan berkenaan mendapatkan bantuan sebagai usaha meneruskan kehidupan lebih sempurna. 

Sebagai menggalas tugas dan tanggungjawab berkenaan, jentera  Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) menerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) menjadi agensi penggerak yang sentiasa mengambil cakna terhadap masalah kehidupan yang dihadapi oleh komuniti dalam kawasan pentadbiran Badan Bukan Kerajaan (NGO) terbabit.

Program Ziarah Perpaduan satu lagi usaha JPNIN menggerakkan jentera KRT untuk turun padang membantu masyarakat pelbagai kaum yang memerlukan bantuan dan pertolongan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan program JPNIN


Pegawai Perpaduan Daerah Besut Nor Almizan Mahmod (dua dari kiri) menyerahkan tongkat berjalan (walker) kepada seorang warga emas.


JPNIN Daerah Besut turut  memberi fokus kepada masalah kehidupan komuniti apabila membentuk Jawatankuasa pelaksana program Ziarah Perpaduan  dalam kalangan ahli KRT daerah itu.

Setiausaha Program Ziarah Perpaduan, Mohd Fakaru Azhar Yunus berkata, program membabitkan empat zon iaitu Jertih, Kuala Besut, Hulu Besut dan Jabi antara yang aktif menyalurkan bantuan dan terbaharu kumpulan berkenaan selesai mengadakan agihan barangan keperluan untuk komuniti terbabit.


Mohd Fakaru Azhar Yunus


Menerusi program itu, Mohd Fakaru berkata, pemimpin KRT dari zon berkenaan turun padang dan bergerak dari rumah ke rumah untuk menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada komuniti terpilih.

Program terbaharu itu tidak lagi menyalurkan bantuan keperluan berbentuk barangan dapur sebaliknya ia memberi keutamaan kepada pelbagai peralatan dan barangan kesihatan kepada penduduk.


Seorang pesakit Kampung Kubang Depu, Hulu Besut, menerima sumbangan susu dan lampin pakai buang daripada urusetia program Ziarah Perpaduan


Antara keperluan yang disediakan termasuklah tongkat, ubat-ubatan, lampin pakai buang, dapur gas, beg sekolah serta barangan-barangan lain mengikut keperluan penduduk.

“Menerusi program itu pihak JPNIN Terengganu memperuntukkan RM5,000 untuk Jawatankuasa membeli dan menyediakan barangan tersebut,” katanya.


Seorang warga emas dari Kampung Belakang Gudang  melahirkan rasa syukur selepas menerima bantuan yang disalurkan menerusi program Ziarah Perpaduan daripada rombongan KRT Bandar Jertih.


Menariknya, program turun padang itu turut disertai Timbalan Pengarah JPNIN Terengganu, Kamaruddin Ali dan Pegawai Perpaduan Daerah Besut, Nor Almizan Mahmood.

Kongsinya, aktiviti seumpama itu bukanlah pertama kali dilakukan oleh KRT malah sebelum ini program agihan barangan dapur turut dilaksanakan kepada penduduk yang terjejas dengan COVID-19.

Program Ziarah Perpaduan memberi fokus kepada masalah kesihatan penduduk, warga emas, pelajar miskin dan Orang Kelainan Upaya,” katanya. - KitaReporters


Pengarah JPNIN Terengganu Mohd Rosli Alias menyampaikan sumbangan kepada seorang penduduk keturunan India di Bandar Jertih menerusi program Ziarah Perpaduan.

10
9
1
9
1
You will be interested