Seni & Sukan 18 Apr, 2020

IKTBN LANCAR GERAKAN BANTU BELIA TERKANDAS

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

ASALNYA mereka sekadar memenuhi pelawaan kawan-kawan untuk bercuti semester di kampung nelayan di Kelantan ketika peringkat awal tempoh Perintah Sekatan Kawalan (PKP) dilaksanakan. Tetapi kini bertukar menjadi pengalaman luar biasa bagi empat pelajar dari Sarawak yang terkandas di negeri itu sejak 19 Mac 2020. : KitaReporters.com

Depan sekali Lika Doris, Siti Noraziera, Betty Bulan dan Dally Angkang masih mampu tersenyum walaupun terkandas hampir sebulan di Kelantan.


Mereka adalah pelajar Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah, Melaka yang mengikuti kawan sekolej pulang ke Pantai Timur dengan harapan keadaan wabak Covid-19 yang melanda negara kembali reda sebelum pengajian disambung semula.

Pegawai PPLV 30 Cawangan Hubungan Industri IKTBN Alor Gajah, Basok Alwi Kalle Mangadji berkata pelajar-pelajar itu, Lika Doris Anak Guang, Dally Angkang Anak Joseph, Siti Noraziera Ramlee dan Betty Bulan Ambrose sudah dimaklumkan terkandas di kampung itu. 

Mereka akan dipindahkan segera ke asrama IKTBN Bachok.

Basok Alwi Kalle Mangadji... Kita sudah bertindak membantu pelajar itu.


Beliau berkata, plajar-pelajar ini adalah antara 26 pelajar IKTBN yang bercuti semester dan sedang menjalani latihan praktikal di seluruh negara dalam jurusan hospitaliti dan elektrik, kini `terperangkap` di rumah sewa, menumpang di rumah saudara mara dan kawan serta di asrama yang disediakan oleh majikan.

Selain itu, 10 daripada pelajar itu juga masih meneruskan latihan industri atas keperluan syarikat dan mereka diberi surat pelepasan untuk berulang alik ke tempat kerja. 

Pelajar ini dari :

Jurusan pendawaian elektrik, penjaga jentera dan chargeman :

  • 1. Muhammad Abid Solehan Mohd Zawawi
  • 2. Amirimran Nisar

Jurusan Pendawaian elektrik :

  • 1. Ahmad Nur Fadzy Adra’ai
  • 2. Muhammad Shahrul Nizal Abdul Razak
  • 3. Muhamad Saifuddin Ishak
  • 4. Muhammad Hasyiq Razali
  • 5. Iqbal Aizat Romlan
  • 6. Haziq Mustaqim Hariri
  • 7. Muhammad Luqman Hafiz Abdullah
  • 8. Umar Mohammad 

Surat kebenaran menjalani latihan untuk pelajar 


SITI NORAZIERA bt RAMLEE ... Terkandas sama...

Jurusan: DHB 34 1/19

Lokasi sekarang: Bachok Kelantan

Asal: SARAWAK


Menjelaskan lebih lanjut, Basok Alwi berkata empat pelajar itu dari jurusan Diploma Hospitaliti, asalnya masih ada kelas dan tidak pulang ke Sarawak kerana cuti semester. 

Sebaik saja PKP awal berkuat kuasa, semua kelas kemudian diarahkan ditutup. 

"Jadi mereka dipelawa menghabiskan cuti di rumah rakan di Kelantan kerana rakan-rakan prihatin dan bimbang mereka akan tinggal berempat saja di Melaka.

"Apabila tempoh PKP dilanjutkan sehingga kini sudah masuk fasa 3 mereka terus tidak dibenarkan keluar dari Kelantan untuk kembali ke Melaka," katanya memberitahu pelajar itu menggunakan pengangkutan awam menambahkan lagi kesukaran untuk membawa mereka pulang ke bandar raya dengan segera.

Basok Alwi yang juga Exco Pendidikan dan Keusahawanan Persatuan Alumni ILKBS Malaysia, memberitahu KitaReporters sebaik menyedari pelajar ini mengalami pelbagai masalah khususnya kewangan, bekalan makanan dan kebajikan, IKTBN Alor Gajah terus melancarkan gerakan `menyelamatkan` dengan menempatkan mereka  ke asrama IKTBN di Bachok bermula Ahad, 19 April 2020. 

Beliau berkata Pengarah IKTBN dan kakitangan juga melancarkan tabung bantuan kewangan segera bagi menampung makan minum pelajar dan membayar sedikit sagu hati kepada keluarga yang menumpang pelajar-pelajar lainnya yang terbabit dalam kes terkandas seperti itu.

"Kami sudah menghubungi pelajar, bertanyakan khabar dan empat pelajar ini memohon pulang ke Sarawak kerana tempoh PKP akan memakan masa agak lama dan mahu bersama-sama keluarga menjelang puasa. 

"Pelajar ini merayu agar pihak polis memberikan surat kebenaran untuk melepasi sekatan yang ketat dari Kelantan ke Kuala Lumpur," katanya.

"Semua pelajar sihat dan kami akan cuba usahakan dapatkan surat kebenaran polis kerana mereka sudah pun menjalani kurantin sebagaimana yang ditetapkan kepada pelajar luar negara yang pulang dari luar negara. 

"Mereka sudah tidak ke kelas dan ada yang tidak lagi menjalani latihan praktikal, seawal PKP dilaksanakan," katanya.

FATHATUN NUHA BINTI MOHD FAIZAL.. juga terkandas

Jurusan: SHR 03 2/18

Tempat praktikal: LEVAIN BOULANGERIE & PATISSERIE Kuala Lumpur

Kampung asal: MERSING termasuk dalam kumpulan 16  terkandas.


Muhammad Nurshafiq Iqbal Bin Rosdi... sama terkandas

Jurusan: DLC 02 02/18

Tempat praktikal: Kejuruteraan Ansar (Bukit Badak, Shah Alam)

Kampung asal: Kulim Kedah juga antara kumpulan terkandas itu.


Basok Alwi berkata, bagi pelajar yang  sedang menjalani praktikal itu, pengarah dan BPKB ada menawarkan penempatan sementara di IKBN berhampiran

"Tetapi semua pelajar memilih untuk berada di tempat mereka sekarang dengan alasan lebih selesa di penempatan yang disediakan oleh majikan dan menumpang di rumah saudara mara. 

"Mereka cuma merayu dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga. Memang ada segelintir yang sangat memerlukan bantuan kewangan

"Kami hanya mampu tolong yang benar-benar kesulitan duit bagi meringankan keperluan makan minum sementara kami usahakan mendapat pelepasan balik oleh pihak berkuasa," katanya.

Sehubungan itu juga, Alumni ILKBS sangat berharap pelajar terbabit mendapat bayaran RM200 dalam Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diumumkan oleh kerajaan.

Basok Alwi mengesahkan 26 pelajar terbabit termasuk dalam kumpulan 279 pelajar di bawah seliaanya. 

Yang lainnya sempat pulang ke rumah masing-masing sebaik PKP dilaksanakan.

Beliau memberi jaminan keselamatan pelajar IKTBN dan memohon supaya ibu bapa jangan gusar kerana setiap pergerakan mereka dalam pengetahuan pengurusan pelajar.

"Mereka diserahkan kepada kami untuk dididik, Insya-Allah mereka sebahagian `anak-anak` kolej dan kebajikan serta keselamatan menjadi keutamaan kami," katanya sambil memberitahu ibu bapa sudah dimaklumkan di samping pelajar sendiri menghubungi keluarga masing-masing.

Pengarah IKTBN Alor Gajah Samsul Taharin Mohd Tahir 


Sementara itu, Pengarah IKTBN Alor Gajah Samsul Taharin Mohd Tahir mengesahkan semua pelajar terbabit telah dihubungi Unit Hal Ehwal Pelajar dan semua pusat latihan di seluruh negara bersetuju menempatkan mereka di ILKBS berhampiran termasuk empat pelajar di IKTBN Bachok Kelantan. 

Bagimanapun, semua pelajar menolak untuk ditempatkan di ILKBS dan mereka diberikan wang saku hasil sumbangan kaitangan IKTBN Alor Gajah kepada yang benar-benar terjejas kerana tidak dapat meneruskan tempoh Latihan Industri.

Samsul Taharin berterima kasih kepada Pengarah IKTBN Bachok Dato’ Kamarulzaman Hassan Mansor dan ILKBS  yang sudi menempatkan pelajar sehingga kerajaan memberi kebenaran membawa pelajar terbabit pulang ke pangkuan keluarga. 

Sebelum itu Samsul Taharin turut menghargai usaha Persatuan Alumni ILKBS yang merayu kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membela nasib pelajar itu dengan membenarkan mereka pulang. 

Beliau mengulas kenyataan Presiden Alumni ILKBS  Samsudin Oli Mohamed, yang merayu kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar dapat membantu pelajar ILKBS yang terkandas kerana rata-rata mereka dalam usia remaja dan terumbang-ambing di seluruh negara. 

Samsudin Oli Mohamed


Samsudin berkata pelajar itu terkandas di Langkawi, Kedah dan dua orang di Puchong yang mahu pulang ke kampung mereka di seluruh negara.

Samsudin mengesahkan empat pelajar itu yang terkandas itu menumpang keluarga rakan mereka, Siti Afifah Aina Shukri, 23, di Kampung Bator di daerah Jelawat, Bachok.

Siti Afifah pelajar semester keenam jurusan penyajian makanan ketika dihubungi Alumni ILKBS memberitahu dia mempelawa empat rakannya menghabiskan cuti semester dan tidak menyangka PKP berlanjutan sehingga empat minggu itu.

Memandangkan sudah sebulan menumpang di rumah rakannya, empat pelajar itu juga menghubungi Alumni ILKBS dan kolej di Melaka untuk membantu mereka pulang ke Sarawak,

Samsul Taharin berterima kasih kepada Alumni yang banyak membantu menyalurkan maklumat mengenai perkara ini. 

Sehingga April lalu, seramai 628 pelajar mengikut dua kursus utama di IKTBN Alor Gajah iaitu Hospitaliti dengan empat jurusan pembuatan roti, pastri, penyediaan makanan dan penyajian makanan. 

Manakala kursus elektrik pula menyediakan empat jurusan Penjaga jentera A1 dan A4 dan Pendawaian satu fasa dan tiga fasa.


Sementara itu di Pekan pula, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Pekan, Ramli Mahmood menyampaikan sumbangan kepada 12 pelajarnya yang terkandas PKP akibat kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat di daerah itu.

IKBN Pekan melalui maklumat Cawangan Hubungan Industri IKBN telah mengenal pasti 12 pelajar yang sedang menjalani latihan industri terkandas di rumah dan di bilik sewa, rumah kenalan atau menumpang di kediaman seudara mara.

Mereka, katanya, dibantu bagi mengurangkan beban sepanjang tempoh PKP itu.

Ramli melahirkan penghargaan dan berterima kasih pada NGO  Dana Mawaddah dan Persatuan Penduduk Saujana KLIA (PPSKLIA) yang menaja bantuan kepada pelajar terbabit.


10
2
6
1
0
You will be interested