Gaya Hidup 15 Nov, 2021

Video| Nabila Razali 'Putus' cinta? Mungkinkah ada 'Peluang Kedua'? Sempena hari lahir sendiri!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this


WALAUPUN sudah mencatat kejayaan luar biasa melalui ‘Peluang Kedua’ dengan menerima 2x platinum, penyanyi Nabila Razali, 28, tidak mahu terus leka dengan kerjaya nyanyiannya lalu mengambil keputusan menghasilkan ‘Putus’ sebagai judul single terbaharunya.

Hasil karya pertama ciptaannya sendiri bersama seorang komposer Singapura, Erwin Purnama, ‘Putus’ sebenarnya mengisahkan tentang percintaan yang suci namun berakhir dengan perpisahan.

Tidak ada apa lagi yang mampu dilakukan oleh gadis tersebut selain dari reda dan pasrah di atas ketentuan takdir. 

Dia harus meneruskan hidup tanpa ada lagi insan yang tersayang di sisi akibat terlalu menyayangi seseorang sehingga terlupa untuk menyayangi dirinya sendiri.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Nabila Razali




Nabila berterima kasih kepada peminatnya yang mengucapkan Selamat Hari Jadi padanya dan menghadiahkan lagu 'Putus' buat mereka tanda kasih sayangnya tanpa putus.

Jadi peminat Nabila jangan risau ya… Lagu ini bukan bermakna Nabila dah nak ‘putus’ segala hubungan dengan industri waima ia adalah periuk nasinya sejak bergelar penyanyi selepas bergelar pemenang kelima pada pentas Akademi Fantasia musim ke-10 pada 2013.

“Alhamdulillah selepas ‘Peluang Kedua’ yang sudah lebih setahun, saya kembali dengan lagu baharu saya hadiahkan buat peminat.

"‘Putus merupakan karya kolaborasi pertama saya sepanjang lapan tahun dalam industri seni,” ujar Nabila sambil melahirkan rasa bersyukurnya dapat bekerjasama dan tunjuk ajar daripada Erwin Purnama.



Berharap agar peminatnya mahupun pendengar muzik Malaysia dapat menerima lagu terbaharunya itu serta terus memberikan sokongan tanpa putus, Nabila turut melancarkan promo video rasmi ‘Putus’ sebagai hadiah istimewanya buat peminat yang tetap setia di sisi ketika jatuh dan bangunnya dalam kerjaya seni.

Malah paling menarik apabila video tersebut dilancarkan pada pukul 9 malam Jumaat, 12 November 2021 dalam YouTube Nabila Razali Entertainment sempena hari jadinya ke- 29, yang jatuh pada Sabtu, 13 November 2021.



“Saya memang pilih tarikh pelancaran sempena hari jadi saya kerana mahu Putus menjadi kenangan manis buat saya. Ia juga hadiah kepada peminat-peminat yang tak henti-henti menyokong saya sama ada saya di atas atau di bawah,” ujarnya. 

Selain itu, lagu 'Putus' juga boleh didengari dalam semua platform streaming bermula 19 November 2021 ini.

"Saya bersyukur dapat berkerjasama dan tunjuk ajar oleh komposer Erwin Purnama. Saya berharap peminat dan pendengar muzik Malaysia dapat menerima 'Putus' dan terus berikan sokongan,” ujarnya. 



Putus mengisahkan tentang sebuah percintaan yang suci yang berakhir dengan perpisahan. Tidak ada apa lagi yang mampu dilakukan oleh gadis tersebut selain dari reda dan pasrah di atas ketentuan takdir. 

Dia harus meneruskan hidup tanpa ada lagi insan yang tersayang di sisi akibat terlalu menyayangi seseorang sehingga terlupa untuk menyayangi dirinya sendiri. 

Putus merupakan lagu kedua terbitan Nabila Razali Entertainment dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia. 

Pun begitu kita saksikan dahulu video rasminya  ya? - KitaReporters


15
5
0
16
0
You will be interested

Video| Padan muka! Pemandu lori dapat “thumbs up”! Bantu polis halang MPV guna lorong kecemasan!

Seorang pemandu lori dapat thumbs up daripada anggota polis trafik selepas bantu halang sebuah kenderaan MPV potong barisan kesesakan gunakan lorong kecemasan

Fitri Hazim in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Show diteruskan! Dah dirangka! Walaupun tulang belakang cucuk tulang rusuk, himpit jantung!

Tulang belakang cucuk tulang rusuk, himpit jantung, jadi perlu lakukan pembedahan segera. Namun Zamani tangguhkan kerana ada sejumlah persembahan sudah dirangka
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 9 hours ago

Video| Inilah saya! Baik buruk saya yang tanggung! Elyana akui dah buka hijab! Doa yang baik-baik!

Beberapa hari sebelumnya Elyana muat naik gambar dia tak lagi berhijab. Teka-teki terjawab apabila Elyana tak lagi pakai tudung ketika muncul pada satu program
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago

Piala AFC 2022: Tahniah KL City FC! Mara ke final Zon ASEAN! Azri Ghani jadi wira sepakan penalti!

Penjaga gol KL City FC, Azri Ghani muncul wira selepas selamatkan sepakan penalti pemain terakhir Viettel FC untuk mara ke perlawanan akhir Piala AFC Zon ASEAN
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 1 day ago

Liga Super 2022: JDT terus gah di persada liga! Tundukkan Terengganu! Bertemu lagi akhir Piala FA?

JDT kukuh selaku pendahulu liga selepas menang 2-1 ke atas Terengganu FC dalam saingan Liga Super 2022. Akan bertemu sekali lagi dalam perlawanan akhir Piala FA
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 1 day ago