Seni & Sukan 03 May, 2022

Video! Ifa Raziah melaram dengan BMW baharu! Beri duit raya kepada yang datang beraya ke rumahnya!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Golongan artis yang ingin hidup mewah perlu terbabit dalam bidang perniagaan dengan menggunakan populariti mereka sebagai artis untuk berjaya

Ini dibuktikan oleh penyanyi dangdut era 1990-an, Ifa Raziah atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 46, juga dikenali sebagai Miss Diva.

Kegiatan nyanyiannya biasa-biasa sahaja. Namun Ifa adalah antara selebriti yang mampu mempamerkan kemewahannya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kemewahan hidup


Pada awal bulan Ramadan, Ifa mempamerkan perhiasan barang kemas dan bangga memakai loket emas ukuran besar yang dianggar bernilai ratusan ribu ringgit

Dia turut mengupah lima pengawal keselamatan bagi menjaga keselamatannya dan barang perhiasannya. Bagi Ifa, dia memakai barang perhiasan berharga demi kepentingan perniagaannya.

Ifa turut mencapai kejayaan apabila festival jualan yang dianjurkannya, Starvendors Mega Raya Fest mendapat sambutan hangat dan dijayakan selama 75 jam tanpa henti dan diberi sijil penghargaan oleh Malaysia Book of Records (MBOR).




Setelah mencapai sejumlah kejayaan, Ifa memperlihatkan kemewahannya apabila membeli sebuah kereta mewah jenama BMW M4, berwarna hijau untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam hantarannya dalam media sosial, Ifa berkongsi video dia berada di pusat jualan kereta dan memperlihatkan kereta baharunya itu yang jenama BMW M4 berwarna hijau.

“Syukur alhamdulillah rezeki berkat bekerja keras sepanjang tahun ini Miss Diva dapat reward kereta raya,” tulis Ifa.

Menurut Ifa, kereta itu sudah ditempah sejak enam bulan lalu dan sampai betul-betul dekat lebaran jadi secara tidak langsung menjadi kereta rayanya.

Hasil carian dalam  Internet mendapati harga kereta model itu adalah antara RM659,357 hingga RM684,800.



Sementara itu, bagi menjawab pertanyaan sejumlah netizen yang mempertikai anugerah Datuk yang diterimanya, Ifa menafikan menerima anugerah Datuk dari luar negara. 

Sebaliknya Ifa mendakwa dia menerima darjah Ahli Setia Diraja yang membawa gelaran Datuk daripada institusi beraja yang sah di salah sebuah negeri di Malaysia. Namun dia enggan menjelaskan negeri mana.

Namun baru-baru ini terdapat desas-desus Ifa bakal menerima gelaran Datuk lagi atas kejayaan dalam bidang perniagaan.Jika benar, dia bakal menjadi gelaran Datuk kedua baginya. - KitaReporters


7
13
0
16
0
You will be interested