Seni & Sukan 06 May, 2022

Dah pulang beraya! Yang belum, Baby Shima ajak Pulang sambut raya bersama keluarga! Jom balik!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


JIKA selama ini halwa telinga kita sering dihiburkan dengan dendangan lagu raya ‘Balik Kampung’ nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, tahun ini dengan kes COVID-19 sudah beralih ke fasa endemik, apa kata dengar pula single raya istimewa dibawa oleh penyanyi jelita Baby Shima dengan judul ‘Pulang’.

Walaupun sedang sibuk dengan jadual seni yang padat, Baby Shima atau Nor Ashima Ramli, 23, masih lagi berkesempatan merakamkan sebuah lagu raya pada tahun 2022 ini dengan mesej yang pastinya menjadi harapan semua rakyat Malaysia yang ingin ‘pulang’ apabila negara beralih ke fasa endermik dari pendemik akibat COVID-19.

Lagu Pulang bermaksud sebagaimana tajuknya, keinginan dan hasrat yang mendalam untuk pulang dengan harapan untuk berjumpa kedua-dua orang tua bersempena perayaan yang mulia ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lagu-lagu raya



“Idea di sebalik lagu ini datangnya daripada penciptanya sendiri iaitu Ezra yang merasa kecewa kerana tidak dapat pulang ke kampung dan menyambut Lebaran bersama keluarga yang tersayang,” tambah penyanyi yang mencipta nama di Indonesia selepas menyertai pertandingan nyanyian dangdut D’Academy Asia (Musim 3) terbitan Indosiar. 

Jika diamati, lagu raya dendangan Baby Shima ini nyata berbeza dengan mana-mana genre yang pernah dibawakannya sebelum ini kerana bernuansakan balada pop perlahan dalam mood yang sungguh syahdu dan pastinya menyentuh jiwa.

“Proses rakaman hanya memakan masa 1 jam sahaja di studio milik Ezra sendiri di rumahnya, manakala proses penggambaran MV (video muzik) pula berlangsung selama sehari dengan jalan cerita yang sungguh menarik dan berkait rapat dengan apa yang kita lalui sepanjang 2 tahun ini, dan apa yang boleh saya katakan di sini peminat kenalah tonton kalau nak tahu lebih lanjut lagi,” katanya dalam nada teruja.



Bagi Baby Shima, Ramadan dan raya pada tahun ini sangat bermakna baginya kerana keadaan yang kembali normal membolehkan aktiviti yang dirindui seperti pulang ke kampung halaman dapat dilakukan seperti sediakala tanpa sekatan.

“Walaupun kerajaan membenarkan kita bergerak ke sana ke sini, virus COVID-19 masih lagi ada, jadi kita sentiasa harus waspada dan menjaga diri,” tambah Baby Shima sambil berharap single Pulang dapat diterima dan dinikmati semua pendengar.

Bersyukur dengan rezeki yang diterima semakin mencurah-curah selepas negara memasuki fasa endemik, Baby Shima memberitahu bakal terbang ke Jakarta untuk merakamkan lagu ciptaan Pasha (Ungu), dan kemudian ke Jawa Timur pula untuk berkolaborasi dengan beberapa artis di sana. - KitaReporters


21
13
0
9
0
You will be interested