Seni & Sukan 23 Mar, 2022

Keluarga Malaysia: Terima kasih Maybank Islamic! Bantu mangsa banjir akibat ban pecah di Segamat!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


Keadaan rumah Norizan Roba'ai dipenuhi lumpur tebal dan kebanyakan barangan tidak dapat diselamatkan kerana rumahnya ditenggelami air banjir sehingga paras bumbung.


Zairulshahfuddin Zainal Abidin, Ketua Pegawai Eksekutif Islamic Relief Malaysia (kiri) bersama para sukarelawan dari UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah sedang membersihkan lumpur di rumah Norizan Roba’ai dalam program bantuan pascabanjir.


SERAMAI 126 orang penduduk Kampung Spang Loi dan Kampung Padang Kiambang yang terjejas banjir akibat ban Sungai Muar di Kampung Spang Loi, Segamat pecah penghujung tahun 2021 lalu, telah menerima bantuan baucar wang tunai tajaan Maybank Islamic di surau Kampung Jawa, Buloh Kasap, Segamat, Johor pada 21 Mac 2022 lalu.

Sumbangan yang diberikan itu bertujuan untuk meringankan beban penduduk terjejas, selain memberi fleksibiliti kepada mereka dalam membeli barangan yang diperlukan mengikut keperluan masing-masing


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Maybank Islamic

Antara penerima manfaat yang hadir di surau Kampung Jawa, Buloh Kasap untuk mendapatkan baucar wang tunai sumbangan Maybank Islamic.


"Memandangkan kawasan ini antara yang paling teruk terjejas, Islamic Relief Malaysia menyarankan kepada pihak penaja untuk menyalurkan bantuan pascabanjir di sini. Para penerima manfaat yang dipilih juga antara yang terjejas kewangan akibat pandemik COVID-19 selain hasil tanaman yang menjadi mata pencarian mereka turut musnah dalam banjir.

"Setiap keluarga yang menerima sumbangan boleh menggunakan baucar wang tunai yang diberikan di pasar raya Nirwana Maju berdekatan tempat tinggal mereka dan boleh ditebus dalam tempoh setahun dari tarikh penerimaan," kata Fa'azurah Kadir, Pengurus Bahagian Program, Islamic Relief Malaysia dalam satu kenyataan media.


Fa'azurah Kadir, Pengurus Bahagian Program Islamic Relief Malaysia (kiri) menerangkan lebih lanjut mengenai cara penggunaan baucar wang tunai yang ditaja oleh Maybank Islamic.


Para penerima manfaat dan juga ketua kampung di kedua-dua lokasi bantuan menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang diberikan. 

"Saya sangat bersyukur dan gembira atas bantuan yang diberikan. Terima kasih Maybank Islamic dan Islamic Relief Malaysia atas sumbangan ini. 

"Ringan beban kami kerana banyak lagi keperluan persekolahan yang masih belum dibeli dan dapatlah juga kami membeli keperluan asas untuk menyambut bulan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi," kata Norizan Roba’ai, penerima manfaat dari Kampung Spang Loi. - KitaReporters


Norizan Roba'ai (kanan) bersama penduduk kampung Spang Loi dan Padang Kiambang menzahirkan rasa syukur tidak terhingga atas sumbangan yang diberikan.

11
10
0
13
0
You will be interested