Seni & Sukan 16 Jul, 2022

Video| Penonton maafkan Awie! Persembahan Konsert Fabulous Friday kurang memuaskan! Sebab demam!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

PENONTON Konsert Fabulous Friday pada Jumaat, 15 Julai 2022 di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Menara Berkembar Petronas, KLCC berasa kurang puas apabila penyanyinya, Awie tidak mampu melontarkan suaranya dengan baik.

Ramai yang tertanya-tanya apa yang telah terjadi kepada penyanyi rock legenda yang berusia 53 tahun itu


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Awie Wings

Awie dikatakan gagal memberi persembahan terbaik kerana alami demam. - Kredit foto: Dewan Filharmonik Petronas (DFP).


Bagi menghilangkan tanda tanya penonton, Awie atau nama sebenarnya Datuk Ahmad Azhar Othman ketika di pertengahan persembahan memaklumkan dirinya kurang sihat, malah sudah mendapatkan rawatan di hospital dan menerima suntikan kerana kurang sihat

Malah, dia turut membawa bekalan ubatan ketika beraksi.

"Sebenarnya saya kurang sihat dan sudah ke hospital semalam (Khamis, 14 Julai 2022) selepas membuat persembahan. Namun, ketika ini ramai yang sakit sehinggakan tidak cukup katil.

"Macam-macam bekalan ubat saya bawa ke atas pentas. Malah, tangan saya juga kejang ketika sedang membuat persembahan pada malam ini,” katanya.


Kumpulan Wings memberi hormat kepada penonton. - Kredit foto: DFP

Awie mengakui gagal memberi persembahan baik bagi lagu kegemarannya ‘Gema Di Indraloka’ kerana kurang sihat.

Menurut Awie dia enggan menjadikan kesihatannya sebagai alasan untuk tidak memberikan yang terbaik buat peminat yang hadir bagi menonton persembahan Wings.

"Semestinya saya kecewa kerana kami telah berlatih bersungguh-sungguh sebulan lebih namun tewas ketika malam persembahan," katanya.


Wings tetap memberikan persembahan terbaik walaupun kesihatan Awie kurang baik. - Kredit foto: DFP

Mengetahui sakit yang dialami Awie dan komitmennya untuk meneruskan persembahan membuat penonton memberikan tepukan gemuruh

Kumpulan Wings yang dianggotai Awie (vokal),  Eddie (bes), Black (dram), Syam (gitar), Johan (keyboard) dan Edrie Hashim (gitar) mempersembahkan 15 buah lagu di Fabulous Friday bermula jam 8.30 malam.

Antaranya ‘Satelit Puaka’, ‘Kuburkan Aku’, ‘Lubuk Pusing’, ‘Mabuk 7 Lautan’, ‘Aku Pun Tahu’, ‘Hukum Karma’, ‘Jerangkung Dalam Almari’, ‘Jumpa Hilang’, ‘Gema Di Indraloka’, ‘Sekeping Kertas’, ‘Bermaruah’, ‘Gemuruh’, ‘Dalam Kehadiran Sofea’, ‘Opera Hidup’, ‘Ingatkan Dia’ dan ‘Rock N Roll Lu Punya Suka’.



Konsert Wings laku keras dengan tiket yang mula dijual sebulan lalu habis dalam tempoh 15 minit. Persembahan itu bersifat ekslusif kerana harga tiket berharga RM258 hingga RM650 dianjur oleh Shiraz Projects. -

Wings adalah artis pertama menjayakan Konsert Fabulous Friday. Konsert ini akan menjadi acara bulanan membabitkan artis tempatan dan luar negara.

Sementara itu Wings tetap akan mengadakan konsert untuk masyarakat biasa dengan tiket lebih rendah. - KitaReporters

Antara penonton konsert Wings di DFP. - Kredit photo: IG sayap2wings

14
19
0
12
0
You will be interested