Banner majlis penyerahan sumbangan tilam untuk Asrama Yayasan Khairiah, Kupang di Baling.
LEBIH 400 pelajar di Sekolah Yayasan Khariah, Kampung Pisang di Kupang yang dilanda banjir mengejut pada 4 Julai 2022 lalu menerima bantuan tilam sebanyak 410 buah tilam.
Ahli Parlimen Baling Dato Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim menyampaikan sumbangan itu pada pihak Sekolah Yayasan Khariah berkenaan di bangunan dewan yayasan itu pada petang 21 Julai 2022 ini.
Turut hadir guru-guru di yayasan itu dan semua pelajar terlibat yang kebanyakannya tinggal di tingkat bawah bangunan asrama berkenaan.
Azeez Rahim menyerahkan sumbangan sebanyak 410 keping tilam kepada pelajar-pelajar
Abd Azeez ketika berucap pada majlis penyampaian tilam kepada pelajar terlibat, mengingatkan pelajar-pelajar yang kehilangan komputer riba semasa banjir agar membuat laporan polis bagi memudahkan usaha membantu mereka dilakukan.
Sementara itu, Ustaz Khairul Ashraf Abd Rahman, 30, selaku timbalan mudir di sekolah yayasan itu memberitahu KitaReporters kebanyakan pelajar terbabit yang tinggal di bilik bawah asrama di yayasan itu tidak sempat menyelamatkan barang milik mereka kerana tidak menyangka banjir berlaku begitu cepat.
Ahli Parlimen Baling juga berharap tidak ada pandangan serong mana-mana pihak terhadap usaha membantu pihak Yayasan Khariah Kampung Pisang, Kupang kerana semua bantuan yang dihulurkan akibat bencana banjir adalah ikhlas untuk membantu.
"Ini adalah tanggungjawab saya selaku Ahli Parlimen Baling untuk mangsa-mangsa banjir di Kupang," tegasnya.
Beliau juga amat terharu ketika meninjau keadaan bilik tidur pelajar hari kedua banjir kerana tiada satupun barang milik mereka dapat diselamatkan akibat bencana banjir yang tidak diduga itu dan beum pernah berlaku sabelum ini.
Beliau menegaskan, pihaknya akan terus memantau apa saja keperluan yang diperlukan oleh pihak Yayasan Khariah yang juga kehilangan mesin basuh dan peti ais untuk kegunaan pelajar yang tinggal di asrama dan juga untuk guru-guru di yayasan itu. - KitaReporters
Tags: