Seni & Sukan 30 Jul, 2023

Jom kenali HayateDesu! Seorang pemakai, penstrim cosplay ternama! Popular dalam Bigo Live Malaysia!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this



Versi sebenar yang memang comel! Beliau merupakan seorang pekerja pejabat pada siang hari yang bertukar menjadi lolita jelita apabila malam menjelma. 

Gadis biasa dari Malaysia ini merubah dirinya menjadi seorang penstrim cosplay (costume play atau lakonan berkostum) setiap malam, dengan menukar penampilannya menjadi apa sahaja watak mengikut kemahuannya dan menjadikan dunia fantasi animasinya sebuah realiti.

Budaya ACG iaitu animasi, komik dan permainan (Anime, Comic, Game) mula menggegar Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan popularitinya kini dilihat terus melonjak naik! 

Bahkan, menjadi suatu kebiasaan buat pusat beli-belah di seluruh negara untuk menganjurkan konvensyen animasi dan cosplay dalam pelbagai skala dan tema selang beberapa minggu.



Seorang pemakai dan penstrim cosplay ternama, Hayate (Bigo ID: HayateDesu) baru-baru ini ditemu bual oleh platform penstriman langsung popular Bigo Live Malaysia. 

Berkongsi mengenai pengalamannya, beliau secara peribadi berpendapat bahawa, walaupun seseorang itu “perlu bekerja keras untuk mencari rezeki pada siang hari, anda masih boleh mengejar minat anda selepas waktu bekerja”. 

Hayate percaya, selain daripada menguasai pekerjaan harian, orang ramai harus meluangkan masa dan berusaha ke arah kehidupan ideal yang mereka dambakan.

Pada siang hari, Hayate sama juga seperti pekerja pejabat lain dengan pekerjaan dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Beliau berulang-alik ke tempat kerja setiap hari dan merupakan penjawat berkebolehan di jabatan Sumber Manusia. 

Namun menerusi karakternya sebagai Hayate, beliau lari daripada rutin kebiasaan dalam kehidupan hariannya.



Hayate bukanlah seorang yang asing dengan dunia cosplay, beliau telah aktif dalam komuniti ini selama 13 tahun. 

Mula mengenali tentang penstriman langsung sewaktu pandemik yang lalu, beliau menyelami dunia penstriman dan mula mengembangkan lingkungan sosialnya menerusi platform tersebut.

“Sebelum ini saya bekerja di agensi pelancongan namun diberhentikan kerja kerana pandemik yang melanda. 

"Sewaktu itu, saya menjadi bingung dan keseorangan di Kuala Lumpur. Tanpa sumber kewangan untuk menyara kehidupan, saya mula menggunakan penstriman langsung sebagai kerja sepenuh masa. 

"Kemudian, saya mula perkenal animasi kegemaran saya dan elemen cosplay untuk menjadikan kandungan saya lebih menarik dan seronok untuk ditonton!” jelas Hayate dalam temu bual tersebut.

Selain mencari rezeki menerusi penstriman langsungnya, Hayate turut menggunakan pendapatan tersebut untuk meningkatkan kualiti cosplay beliau dengan membeli alat peraga dan pakaian tersuai untuk pelbagai watak yang ditampilkannya. 




Koleksi beliau sememangnya cukup banyak dan pelbagai sehingga memenuhi segenap bilik simpanannya.

Walaupun proses untuk bertukar menjadi watak animasi yang berbeza memakan masa dan memerlukan usaha yang tinggi, Hayate merasakan bahawa ia cukup berbaloi apabila beliau menerima sokongan daripada peminat-peminatnya.

“Orang ramai mungkin menganggap bahawa pemakaian cosplay ini membuang masa, namun bagi saya, asalkan saya menggunakan masa dengan melakukan sesuatu yang saya gemari, ia memberi makna yang amat mendalam,” jelas beliau.

Keyakinan diri Hayate yang dibina melalui pemakaian cosplay selama bertahun-tahun lamanya tidak hanya terhad kepada bilik penstrimannya sahaja. 

Beliau fasih berbahasa Jepun dan selalu dijemput sebagai tetamu khas untuk konvensyen cosplay atau pentas jelajah di seluruh negara, sama ada secara maya atau fizikal untuk menemui peminat kesayangannya.

Seorang yang berperwatakan ceria dan cukup positif, tidak hairanlah Hayate mempunyai puluhan ribu pengikut dari seluruh dunia, selain turut diminati dan disokong kuat oleh ramai peminat tempatan daripada pelbagai kaum setiap kali beliau melakukan penstriman langsung dalam Bigo Live Malaysia. - KitaReporters/Kenyataan Media


17
14
0
10
0
You will be interested