Malaysia sering dianggap negara kedua selepas Indonesia dalam memperjuang muzik dangdut. Lagu berirama asli seperti inang, masri, joget dan etnik kreatif dianggap sebahagian daripada muzik dangdut di Indonesia.
Namun dalam persembahan dalam DAA musim 6 (2023), Malaysia mencatat persembahan terburuk.
Daripada 5 penyanyi yang dipilih oleh Zul 2 By 2 dan Dr Man Tabla, cuma Hazman Sanjaya mampu melangkah ke Top 9 Besar. Namun langkahnya terhenti apabila ditewas oleh Hari Putra (Indonesia) dan Lovely Ann (Filipina) dalam Kumpulan 3 Top 9.
Sebelum itu dua peserta Malaysia tewas dalam Top 30 iaitu Zul Zuna dan Raziq Rashid.
Harapan Beby Acha berkecai apabila tewas dalam Top 16 DAA musim 6
Ini menjadikan persembahan terburuk Malaysia sepanjang menyertai DAA sejak 2015.
DAA musim 6 memperbanyak negara peserta menjadi lapan dengan negara terbaharunya Turkiye. Dan dalam perancangan jumlah negara akan ditambah sesuai dengan matlamat pertandingan ini untuk mendunia.
Walaupun bahasa menjadi penghalang, namun peserta dari Turkiye dan Filipina sanggup belajar bahasa Indonesia dan mereka mempunyai ilmu vokal yang membanggakan. Cuma dari segi sebutan ada sedikit janggal.
Persembahan para peserta setiap negara semakin baik termasuk dari Thailand dan Timor Leste.
Ini memerlukan Malaysia membuat persiapan rapi dalam menghantar peserta ke DAA pada masa akan datang. Siapa penyanyi dangdut yang dihantar perlu dibuat awal dan diberi latihan secukupnya.
Malaysia perlu kekal sebagai negara kedua Indonesia yang mempunyai pengaruh muzik dangdut terhebat.
Memang untuk Malaysia mengatasi kedudukan Indonesia dalam muzik dangdut hampir mustahil. Namun Malaysia tidak harus tergesel daripada kedudukannya di tangga kedua.