
Ahli Parlimen Muar itu sudah menandatangani perjanjian tetapi membatalkannya pada saat akhir atas sebab-sebab tertentu.
ERA FM tidak mengambil tindakan terhadap Syed Saddiq dan terus menjaga hubungan baik dengan Ahli Parlimen Muar itu.


Stesen radio itu meminta Bella hadir di konti ERA FM pada jam 6 pagi 22 September 2025 jika bersetuju menjadi DJ. Bagi Bella tawaran itu sebagai rezeki datang bergolek. Dia memang ingin mencuba pelbagai bidang seni.

Berdasar kemunculan pertamanya, Bella ternyata berbakat sebagai DJ radio. Bella mudah mesra dengan ketiga-tiga DJ 3 Pagi ERA.

Bella turut memuat naik sejumlah foto dan video kemunculannya pada hari pertama sebagai DJ ERA FM dalam Instagramnya. Namun pengurusan ERA FM tidak menyatakan tempoh kontrak Bella sebagai penyiar radio.
Adakah setelah masalah berbangkit Syed Saddiq berjaya diatasi, dua selebriti sensasi ini akan diganding bersama dalam segmen 3 Pagi ERA menjadikan DJ-nya seramai lima orang?

Setelah menjadi ahli keluarga Radio ERA, bukan mustahil majlis akad dan persandingan Syed Saddiq - Bella nanti akan disiar secara langsung di salah satu saluran TV milik Astro?
Ia bagi menjadikan perkahwinan Syed Saddiq- Bella tidak kurang hebatnya dengan perkahwinan Fattah Amin- Amira Othman dan boleh meningkatkan tontonan saluran TV milik Astro. - KitaReporters