Seni & Sukan 24 Jul, 2025

Video| Ade Govinda laku habis! Dicari-cari penyanyi wanita Malaysia! Menamakanmu Cinta bersama Siti!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: farizaum@yahoo.com

Share this


Nampak gayanya pencipta lagu prolifik dari Indonesia, Ade Govinda laku laris waima semakin mendapat tempat di hati penyanyi-penyanyi wanita Malaysia.

Selepas berkolaborasi dengan Bella Astillah membawa lagu, ‘Lebih Indah Berpisah’  dan Nur Fazura melalui ‘Luar Biasa’, Ade kembali lagi bersama ikon muzik Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dalam sebuah karya penuh makna, berjudul “Menamakanmu Cinta”.

Kolaborasi ini menandakan pertemuan semula dua nama besar yang memiliki pengaruh kuat dalam industri muzik kedua-dua negara. 

Sebelum ini, Ade Govinda telah mencipta tiga lagu popular untuk album Siti Nurhaliza meliputi Fragmen (2014), iaitu “Terbaik Bagimu”, “Engkau”, dan “Tak Pernah Ragu”. 

Kini, dua sahabat dalam dunia seni muzik ini sekali lagi menyatukan kekuatan mereka menerusi sebuah karya yang lebih matang dan penuh rasa, “Menamakanmu Cinta”.



Melahirkan rasa syukurnya kerana dapat kembali bekerjasama dengan Ade setelah sekian lama kata pemilik yang lebih mesra disapa Tok Ti ini : 

“Saya senang sekali bisa kembali berkolaborasi dengan Ade Govinda. “Menamakanmu Cinta” adalah lagu yang sangat indah, sangat khas dengan sentuhan Ade yang selalu mampu menciptakan lagu-lagu hits masa kini."

Tok Ti  turut berharap agar single terbaharunya ini dapat diterima dengan baik oleh para penggemar di Malaysia, Indonesia, mahupun di mana saja. 

Menurut Siti Nurhaliza, lagu ini membawa pesan positif dalam menghargai insan tercinta. 

“Saya berharap lagu ini bisa dinikmati oleh semua pendengar, dan menjadi lagu cinta yang menyatukan kenangan serta perasaan mereka yang menghargai cinta dalam kehidupan. 

“Lagu ini dibuat dengan penuh perasaan dan harapan, dengan setiap liriknya mencerminkan keindahan cinta sejati. Semoga para pendengar bisa merasakan perjalanan emosional melalui setiap nada dan melodi yang disajikan,” tambah Siti.



Sementara itu, Ade Govinda, selaku penulis lagu dan produser, mengungkapkan bahawa pengalaman bekerjasama dengan Siti kali ini terasa sangat istimewa. 

“Ide awal lagu ini muncul kerana saya ingin menciptakan lagu cinta yang bisa dinyanyikan pada setiap pernikahan oleh siapa saja yang sedang berbahagia. Proses bekerja dengan Dato’ Seri Siti sangat cepat, menyenangkan, dan saya bisa mengeksplorasi vokalnya secara luar biasa dalam waktu yang singkat,” kata Ade Govinda.

Beliau turut berkongsi kenangan manis bersama Siti sepanjang proses rakaman di studio. 

“Dato’ Seri Siti, seperti biasa, selalu perhatian kepada semua orang. Saat sesi rakaman, beliau pasti membawa banyak makanan. Suasana rakaman sangat santai namun tetap profesional, sehingga saya merasa bebas untuk mengeksplorasi kreativitas,” kenang Ade Govinda.

Terkait harapannya terhadap lagu ini, Ade Govinda menyatakan “Menamakanmu Cinta” diharapkan dapat menjadi lagu tema bagi pasangan yang sedang jatuh cinta. 

“Saya berharap “Menamakanmu Cinta” bisa menjadi soundtrack kehidupan bagi siapa pun yang sedang jatuh cinta. Lagu ini bukan sekadar melodi atau lirik, tetapi juga merupakan ungkapan perasaan yang mampu menyentuh jiwa dan menggambarkan kedalaman emosi antara pasangan. 

“Semoga lagu ini bisa membangkitkan kenangan manis dan momen-momen berharga dalam perjalanan cinta mereka, serta menjadi pengiring setia di setiap detik kebahagiaan yang mereka jalani bersama,” akhiri Ade. - KitaReporters


9
8
0
8
0
You will be interested