Seni & Sukan 21 Dec, 2022

Video| Dah berkahwin dah! Juliana Farhana, Dr Che Hafiz dedah telah bernikah! Mohon maaf merahsiakan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Pelakon Julia Farhana Marin, 28, akhirnya mendedahkan dia sudah berkahwin dengan Dr Che Hafiz, 32, pada satu majlis tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 14 Disember 2022 lalu. 

Majlis pernikahan tersebut hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perkahwinan dan pernikahan


"Saya mahu berkongsi secara rasmi bahawa saya kini isteri kepada Che Hafiz.

"Kami ingin mohon maaf kerana lewat memberitahu hal ini kepada rakan-rakan dan media disebabkan ia adalah majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga.

"Saya dan suami memohon doa semua dalam perjalanan kami sebagai suami isteri," katanya.

Julia membuat pengumuman tersebut dalam bahasa Inggeris menerusi hantaran dalam lnstagram miliknya pada Selasa, 20 Disember 2022.


Julia Farhana dan Dr Che Hafiz berharap perkahwinan kekal hingga ke akhir hayat


Sementara itu, Dr Che Hafiz atau nama penuhnya, Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, turut berkongsi gambar dan ucapan sama dalam laman sosialnya.

"Alhamdulillah sesi akad nikah saya dan isteri telah berjalan dengan lancar," katanya ringkas.

Julia dan Dr Che Hafiz berbulan madu di Indonesia sebaik selesai majlis akad dan pulang ke tanah air pada Isnin, 19 Disember 2022. 

Pada 14 November 2022, Julia mendedahkan sudah bertunang dengan Che Hafiz dan bakal berkahwin dalam masa terdekat. 



Dr Che Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Lufya Omar pada 26 November 2016 namun bercerai pada 17 Jun 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam, Selangor. 

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini berusia lima tahun.

Sementara itu, Julia dan Dr Che Hafiz tidak menolak rezeki jika dikurniakan zuriat dalam waktu terdekat. - KitaReporters


/

Dr Che Hafiz bersama Lutya dan anak.

9
15
0
19
0
You will be interested