Seni & Sukan 09 Jun, 2025

Video| Upin dan Ipin kena korban! Antara 17 lembu sado ditumbangkan Dewi Perssik! Harap temu jodoh!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.


Penyanyi dangdut, pelakon dan hos program TV terkenal, Dewi Perssik, 39, adalah antara selebriti Indonesia yang paling banyak melakukan ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha 1446H.

Sudah menjadi kelaziman pemilik nama asal Dewi Murya Agung ini akan melakukan ibadah korban setiap tahun, namun jumlah bagi Aidiladha 2025M lebih banyak dan lebih mahal harganya.

Ia melambangkan rezeki yang bertambah dalam bidang seni melalui kegiatan nyanyian, lakonan, juri pertandingan dangdut dan hos program TV ‘Pagi-Pagi Ambyar’ di TransTV. Begitu juga beberapa perniagaan yang dijalankan memberi keuntungan selesa.


Walaupun enggan memberitahu media jumlah wang yang dikeluarkan, namun ia tidak menghalang pihak media untuk membuat jangkaan.

Dengan harga minimum lembu sado baka Limousin berat 1,000kg, di Jakarta ketika sambutan Aidiladha mencapai Rp90 juta (kira-kira RM27 ribu) seekor, Dewi Perssik dipercayai mengeluarkan hampir RM500 ribu untuk ibadah korban pada tahun 2025. 

Dewi membeli 17 ekor lembu sado baka Limousin, yang beratnya lebih 1.000 kilogram (1 tan) untuk disumbang di beberapa daerah di Pulau Jawa. 

Lembu-lembu itu dikorban di daerah Kranjingan, Sumbersari, Jember di Jawa Timur. Sementara untuk di Jakarta, sebanyak dua ekor lembu dikorban. 



Dewi Perssik turut terlibat secara langsung mengagihkan daging korban yang diadakan di kediamannya


Lembu-lembu itu sudah ditempah daripada beberapa pengusaha ternakan sejak beberapa bulan lalu dan diminta diberi makan berkhasiat dan rawatan secukupnya. 

Dan uniknya, lembu yang dikorban di Jakarta diberi nama Upin dan Ipin. Kebetulan lembu itu kelihatan rapat ketika di kandang lalu Dewi memberi nama lembu itu sebagai Upin dan Ipin. 

Secara kebetulan Dewi memang menyukai siri animasi Upin & Ipin keluaran Malaysia yang masih ditayang di stesen MNC TV.

Memberitahu petugas media, Dewi menyatakan pemberian nama Upin dan Ipin itu adalah simbolik harapannya untuk mendapat jodoh baharu.

Dewi sebelum ini sudah berkahwin tiga kali, namun semuanya berakhir dengan perceraian. Suami pertamanya, penyanyi dangdut Saipul Jamil (2005 -2008); kedua, penghibur Aldi Taher (2008-2009); dan ketiga pengurusnya, Angga Wijaya (2017–2022).  

Dan percintaan baharunya dengan juruterbang yang juga pengusaha benama  Muhammad Rully Kanas pada tahun 2024 juga terkandas. 


Bekas suami pertama Saipul Jamil (kiri) dan bekas suami kedua, Aldi Taher

Dewi bersama suami ketiga Angga Wijaya


Bagi ibadah korban 2025, Dewi melakukannya di halaman kediaman mewahnya di Lebak Bulus, Jakarta Selatan. Malah Dewi sendiri turut memotong daging untuk diserahkan kepada individu yang memerlukan.

Pada tahun-tahun sebelumnya, Dewi menyerahkan urusan penyembelihan dan pembahagian daging kepada pengurusan masjid tertentu.

Tahun ini (2025), Dewi ingin melihat sendiri proses penyembelihan, melapah dan membahagikan daging lembu itu. Justeru dia meminta ia diadakan di halaman kediamannya.


Dewi Perssik memegang salah seekor lembu yang dikorbankan.


Malahan lori yang membawa lembu yang diberi nama Upin dan Ipin itu menjadi perhatian ramai ketika melewati jalan menuju ke kediamannya kerana pada belakang lori itu terpampang wajah Dewi Perssik.

Diharap dengan mengorbankan lembu Upin dan Ipin, Dewi Perssik akan mendapat jodoh atau suami keempat tidak lama lagi. - KitaReporters

11
8
0
12
0
You will be interested