Seni & Sukan 13 May, 2025

Video| Ambil sebanyak yang mahu! Pelbagai jenis sayur jadi cenderahati! Untuk tetamu majlis kahwin!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
.



Sudah menjadi kebiasaan apabila menghadiri majlis perkahwinan, tetamu yang datang membawa hadiah atau sampul wang akan diberi barangan cenderahati (door gift) untuk dibawa pulang. Barangan cenderahati biasanya pelbagai, sesuai dengan kemampuan tuan rumah.

Namun majlis perkahwinan antara Nisrina Nabila atau Erin dan Krisna pada 13 April 2025 di  Ungaran, Semarang, Jawa Tengah, Indonesia ada kelainan.


Para tetamu tidak diberi cenderamata seperti kebiasaannya. Sebaliknya para tetamu diberi aneka jenis sayur untuk dibawa pulang.

Idea untuk memberi cenderahati secara unik ini adalah idea pasangan pengantin yang mahukan kelainan dalam majlis perkahwinan mereka. Kebetulan ayah pengantin lelaki adalah tauke sayur yang biasanya membeli pelbagai jenis sayur daripada petani setempat. 

Jadi tidak menimbulkan masalah untuk mendapatkan tiga lori penuh sayuran untuk majlis perkahwinan itu. Pelbagai jenis sayur itu diletak dalam sejumlah kotak kayu di luar dewan perkahwinan.

Tetamu yang keluar untuk pulang diberi beg plastik dan bebas mengambil sebanyak mana sayur yang diletakkan dalam kotak-kotak kayu itu.


Ia membuat para tetamu terutama kaum ibu teruja dan berebut-rebut untuk mendapatkan sayur-sayuran itu. Sayur yang menjadi rebutan ialah brokoli kerana sayur itu ia biasanya hanya dijual di pasar raya.

Antara sayur yang dilambakkan ialah sawi, lobak merah, tomato, timun, ubi bit, lobak putih, keledek, ubi kentang, kobis, cabai dan paprika dan brokoli.

Ada hadirin terutama kaum wanita yang memasukkan sayur-sayur itu dalam beberapa beg untuk dijadikan bahan memasak untuk beberapa hari. Selain itu tetamu juga boleh mengambil bekas yang mengandungi benih untuk ditanam.

Pasangan pengantin berpuas hati apabila pemberian mereka mendapat sambutan hangat pengunjung. Momen perkahwinan itu tular setelah dimuat naik akaun TikTok @pasutrigenz24.

Ramai netizen yang memuji pemberian ‘door gift’ sedemikian yang boleh dijadikan bahan makanan para tetamu. - KitaReporters

10
9
0
16
0
You will be interested