Seni & Sukan 14 May, 2024

Video| Lagi penerima sumbangan Ziarah Madani PM! Kali ini Daddy Rock! Akan jalani pembedahan jantung!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


Nama Daddy Rock agak asing bagi peminat seni tanah air. Namun Daddy Rock atau nama sebenarnya Shahrol Asikin Mohd Shariff banyak terlibat dalam filem dan drama sebagai watak pembantu.

Sudah pernah beberapa kali keluar masuk hospital kebelakangan ini, kesihatan Daddy Rock semakin menurun sehingga tidak dapat berlakon lagi. Beliau juga mengalami masalah komplikasi jantung dan akan menjalani prosedur pembedahan jantung pada bulan Jun 2024 ini.

Justeru Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada Daddy Rock, untuk kegunaan perubatan dan hariannya.



Sumbangan itu diserahkan melalui Setiausaha Politiknya. Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi pelakon itu, pada Jumaat,10 Mei 2024 lalu. Anwar menyiarkan beberapa foto penyerahan sumbangan dalam hantaran dalam akaun Facebooknya.

Daddy Rock menjadi insan seni ke-13 menerima sumbangan Perdana Menteri dalam Program Ziarah Madaninya.

/


Daddy muncul dalam beberapa filem antaranya ‘Kisah Paling Gangster’, ‘Jangan Pandang Belakang’ dan  ‘Bohsia’. Beliau juga muncul dalam drama bersiri seperti ‘Kampung People’ dan ‘Gerak Khas’.

Para Oktober 2021, Daddy Rock dimasuk ke sebuah pusat perubatan selepas menjalani proses memasukkan tiub sten bagi mengembangkan saluran darah yang tersumbat supaya jantung boleh berfungsi semula.

Selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tawaran berlakon cukup terjejas menyebabkan dia melakukan beberapa pekerjaan termasuk mencari rezeki dengan mengusahakan perniagaan ‘Lemang Gangster’ semasa Ramadan dan Syawal 2021. 


Daddy Rock sudah beberapa kali keluar masuk hospital

Sejak Oktober 2023, Perdana Menteri telah menyampaikan sumbangan daripada hasil Ziarah Madani kepada 13 insan seni.

Bermula dengan Sazali P Ramlee, Zaiton Sameon, Maimunah Ahmad (Mak Jah), Allahyarham Ibnor Riza, Fauziah Samad, Jalil Hamid, Shima, Datuk Sarimah Ahmad, Dharma Harun AlRashid, Sheqal, Ali XPDC, Ebby Yus dan terakhir Daddy Rock atau Shahrol Asikin Mohd Shariff. - KitaReporters


11
10
0
8
0
You will be interested