Seni & Sukan 19 Nov, 2023

Kematian yang dicemburui! Arwah Suhaimi Inteam tinggalkan amalan dan pesanan terbaik buat semua!

@hariyati ariffin
Mantan Pensyarah Kanan , dalam bidang Kewartawanan, Penyiaran dan Komunikasi di UiTM Shah Alam.

Share this



Perginya pada usia yang muda. Suhaimi Saad bekas anggota kumpulan nasyid Inteam yang terkenal satu masa dulu, meninggal pada usia 43 tahun pada hari Rabu 15 November 2023. 

Arwah yang meninggalkan seorang isteri Ina Naim (Nordiana Mohd Naim) dan empat orang anak, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akibat jangkitan kuman pada paru-parunya. 

Pemergiannya bukan sahaja sesuatu yang amat dirasai ahli keluarganya malah peminat -peminat arwah serta mereka yang sentiasa berinteraksi dengan arwah dan isterinya dalam live TikTok. 



Dalam satu status FB Ustaz Taufik UT berkata, kematian arwah dikatakan sebuah kematian yang dicemburui. Berikut adalah ringkasan apa yang tulis dan dijelaskan dalam FB beliau.  

"Kematian yang dicemburui. Dulu ramai orang kecam arwah Suhaimi Saad ni tapi kalau kita perasan ada beberapa figura artis yang kematian mereka menghidupkan hati yang telah mati. Contohnya arwah Abam bocey, arwah Siti sarah. 

"Arwah suhaimi ni masa hidupnya puas dikecam tapi selepas kematiannya satu persatu Allah buka cerita kebaikan dan amalannya.

"Antara yang sempat dikongsikan famili arwah tadi arwah memang selalu doa nak umur dia sampai 43 tahun je. Mula dari arwah sakit arwah kira berapa kali Jumaat lagi dia akan hidup. Malah sebelum ke hospital pun arwah solat dulu minta petunjuk dengan Allah. 

"Lepas solat subuh arwah panggil isteri dan ayah isterinya bagitau dia dah ready, minta maaf pada semua dan minta family isterinya call ambulan untuk bawa arwah ke hospital.

"Arwah ni bijak. dia tau kalau dia meninggal di rumah nanti leceh kena postmortem bagai, sebab meninggal usia muda biasanya akan melalui proses ni. Jadi arwah serah diri untuk di hantar ke hospital. 

"Arwah sempat berwuduk dan mengucap sebelum ditidurkan. Kita ni belum tentu lagi bagaimana pengakhiran kita." 



"Sesuatu ilmu yang boleh dapat daripada arwah adalah: 

  • 1. Tahap kebergantungan arwah dengan Allah sangat tinggi
  • 2. Tahajud jangan tinggal
  • 3. Solat berjemaah dengan keluarga. 
  • 3. Jangan takut atau risau pandangan orang terhadap kita. Yang perlu kita risau adalah pandangan Allah terhadap kita
  • 4. Ingat Allah setiap masa, kalau ada hajat minta terus dengan Allah. Sebab dengan Allah tak guna "cable". 
  • 5. Persiap anak dan isteri ilmu agama. Bekalkan ilmu akhirat, ajar mengaji dan banyak ikut sunah Nabi
  • 6. Santuni isteri, anak-anak dan keluarga dengan baik. 
  • 7.  \Walau sesibuk mana urusan dunia, masa menyanyi dia layan je tunaikan permintaan peminat request lagu itu dan ini. Tapi tiba waktu nak masuk solat cepat cepat dia akan minta undur diri. Selalu pesan solatlah awal waktu.
  • 8. Walaupun arwah suka kutuk, maki atau suka tegakkan pendirian dia, yang buat dia tak disenangi haters tapi arwah selalu akan mintak maaf sebelum undur diri dan memaafkan orang lain.
  • 9. Hidup bersederhana dan anak-anak arwah hormat orang tua. Cakap lembut pada emaknya, Ina Naim dan tetamu yang datang.
  • 10. Walau anak-anak arwah tak pergi sekolah tapi semua boleh membaca, mengaji, menghafaz, boleh jadi imam. Arwah pesan pada sahabat arwah insya-Allah salah sorang anaknya boleh pimpin keluarga dengan ilmu agama.



"Masya-Allah alhamdulillah banyak betul Allah buka kebaikan arwah. ini antara sudut positif bila kita ziarah kematian. Apa amalan yang baik patut kita contohi. Semoga menjadi pedoman buat kita semua insya-Allah."

Begitulah sedikit sebanyak perkongsian Ustaz Taufik dalam akaun Facebooknya. - KitaReporters


  


20
11
0
17
0
You will be interested