Seni & Sukan 22 Aug, 2022

Liga Super 2022: Rentak kemenangan Sri Pahang akhirnya terhenti! Tewas 1-2 kepada Terengganu FC!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


RENTAK kemenangan dan tidak pernah tewas untuk Sri Pahang sejak lima perlawanan terakhir akhirnya lebur di tangan Terengganu Football Club (FC) selepas tewas 1-2 dalam saingan Liga Super 2022 yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada malam 21 Ogos 2022. 

Sri Pahang yang menerima kunjungan pelawat berada dalam mood terbaik apabila berjaya mencatat keputusan positif dalam beberapa perlawanan terakhir mereka. 

Dalam 45 minit awal, boleh dilihat kedua-dua pasukan sering berbalas serangan dan mempunyai beberap peluang terbaik untuk membuka tirai jaringan namun sering kali gagal untuk menyudahkannya. 

Sri Pahang pula dilihat bermain secara bertahan dalam hanya akan buat serangan balas ketika berpeluang.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Liga Super

Kredit foto: FB MFL


Bermula separuh masa kedua, skuad kendalian Datuk Dollah Salleh hanya memerlukan dua minit untuk membuka tirai jaringan melalui pemain sensasi mereka, Manuel Federico Hidalgo Gasparini pada minit ke-47. 

Sebaik dapat jaringan pertama, permainan Sri Pahang terus terarah bermain bertahan dan cuba menghalang setiap asakan daripada pemain Terengganu.  

Terengganu cuba menerusi barisan pertahanan melalui gerakan pantas dari kiri dan kanan namun ia masih gagal untuk menebusi gawang Sri Pahang. 

Usaha anak buah Mohd Nafuzi Mohd Zain membuahkan hasil apabila pemain import mereka, Habib Haroon berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-73.  



Tidak cukup dengan satu jaringan, Terengganu terus mengasak ke kubu lawan sementara Sri Pahang pula dilihat lebih memilih untuk bertahan agar dapat satu mata sekurang-kurangnya.  

Perlawanan yang dilihat akan berkesudan seri namun Petrus Shitembi muncul wira untuk skuad Penyu apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-87 selepas rembatan beliau terkena kaki pemain Sri Pahang menyebabkan penjaga gol mereka sukar untuk menyelamatkan bola itu. 

Kemenangan untuk skuad Nafuzi Zain sudah tentu sangat penting kerana ia moral untuk para pemain memandangkan perlawanan akhir Piala FA akan berlangsung tidak lama lagi. - KitaReporters


16
18
0
11
0
You will be interested