Seni & Sukan 20 Apr, 2024

Video| Buat peminat imase! Bakal datang ke KL! Konsert jelajah Asia pertama, Shiki pada 20 Jun 2024!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Kredit foto: Viola Kam


"Dou demo ii you na yoru dakedo," anda pasti pernah mendengar lagu ini! Lagu popular "Night Dancer MV" ini yang menjadi viral di seluruh dunia dan telah menerima lebih daripada ratusan juta tontonan dalam YouTube! 

imase, artis di sebalik hit viral ini akan mengadakan konsert pertamanya di Malaysia!

imase 1st Asia tour "Shiki'' in Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Gorgeous Entertainment dan ACO Media akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada Khamis, 20 Jun 2024, bermula jam 8:30 malam. 

imase, artis Jepun yang mula belajar gitar dan komposisi muzik secara sendiri pada usia 20 tahun. 

Beliau mendapat populariti melalui video pendek dalam TikTok, terutama lagunya "Have a Nice Day", yang telah mendapat lebih daripada 10 juta tontonan dalam TikTok dan 7.5 juta tontonan dalam YouTube!



Kredit foto: Viola Kam


Kebanyakan lagu imase tidak bergantung pada bahasa, tetapi melodi dan lirik yang mudah diingat selepas mendengarnya hanya sekali. 

Lagunya bukan sahaja menawan hati orang Jepun tetapi juga kepada orang di seluruh dunia yang tidak memahami bahasa Jepun kerana melodi dan susunan membuat irama dan kejelasan muzik yang menyegarkan untuk semua orang.

Peminat di Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan imase! 

Peminat yang membeli tiket Premium VIP akan menikmati kemasukan awal dan berpeluang untuk memenangi sesi foto dengan imase atau menerima poster tandatangan eksklusif oleh imase!

Tiket konsert akan mula dijual dari 25 April 2024 (Khamis), dari jam 11 pagi.

Harga Tiket Konsert: Premium VIP RM588 | VIP RM488 | CAT 1 RM378 |CAT 2 RM338 | VIP BOX (maksimum 8 orang) RM4,500 (tidak termasuk yuran pemprosesan). - KitaReporters/Kenyataan Media


9
11
0
14
0
You will be interested