Seni & Sukan 30 Oct, 2023

Amora cantik banget berhijab! Anak Kris Dayanti jadi tumpuan! Kongsi gambar berangkat tunai umrah!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this


Penyanyi popular dari seberang, Kris Dayanti, berkongsi gambarnya bersama suami dan anak-anak berangkat menunaikan ibadah umrah. Lengkap berpakaian menutup aurat berwarna kelabu dan hitam, mereka dilihat bergambar kenangan di lapangan terbang.

Penyanyi berusia 48 tahun ini kelihatan begitu cantik dan muda mengenakan hijab. Kalau sudah namanya artis, walaupun menutup aurat sepenuhnya, aura glamor itu tetap terserlah sementelah dia memang pandai bergaya.



Dalam kapsyen hantaran tersebut (30 Oktober 2023), Kris memetik sebuah hadis yang menjelaskan hikmah menunaikan umrah. 

“Orang yang berperang di jalan Allah SWT dan orang yang menunaikan haji serta umrah adalah delegasi Allah. Ketika mereka meminta kepada-Nya, maka Allah akan mengabulkan permintaan mereka” (al-hadis). Bismillahirahmanirahim. Mohon maaf lahir batin,” tulisnya.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen atau para pengikutnya, adalah anak dara penyanyi tersebut, Amora atau nama penuhnya Ariannha Amora Lemos yang kini berusia 12 tahun. Penampilan berhijabnya itu benar-benar memukau dan menarik perhatian.

Malah, dia kini kelihatan lebih tinggi daripada Kris Dayanti sendiri. Rata-rata memuji penampilan Amora. Kata mereka, Amora kelihatan begitu cantik saat mengenakan hijab.



“Amora cantik sangat memakai hijab. Sejuk mata memandang. Semoga lancar ya Mimi untuk perjalanan ibadahnya dan kembali ke Indonesia dengan selamat. Amin,” tulis salah seorang peminat.



Pada Ogos 2023 lalu, penyanyi yang kini aktif di pentas politik, pernah dikritik gara-gara tidak menutup aurat ketika melakukan aktiviti kemasyarakatan di sebuah masjid di Malang, Jawa Timur, Indonesia. 

Semoga umrah kali ini membuka pintu hatinya untuk terus menutup aurat. - KitaReporters


17
7
0
8
0
You will be interested

Video| Bawa motor sambil bersila? Niat Paknil beri nasihat! Tapi dibidas netizen! Namun ada sokong!

Aznil Nawawi Paknil video tular motosikal skuter bersila penunggang menunggang motor beri pengajaran dibidas disokong nasihat kemalangan jalan raya berhemah

Video| Bekas peserta Vokal Mania jual kopi sambil nyanyi! Qiem Churros tak kisah hiburkan pelanggan!

Qiem Churros Muhammad Aidi Hakim penyanyi Vokal Mania 2020 Bakat RTM 2024 penjual minuman air kopi Kopi Tiktoker pengusaha usahawan Kemaman menyanyi kabin
Zul Akmar Jamaludin in Seni & Sukan 3 days ago

Video| Tak Sempurna tampilkan sisi berbeza Aril Pilus! Kembalikan kenangan muzik EDM, tarian shuffle!

Aril Pilus pelakon penyanyi pengacara penyampai radio hiburan single lagu Tak Sempurna EDM electronic dance music tarian shuffle Rocketfuel Entertainment
Fariza Saidin in Seni & Sukan 3 days ago

Video| Zaiton Sameon seorang yang kelakar? Berdekah ketawa! Pendedahan temu bual dengan stesen radio!

Dalam temu bual untuk Borak Selebriti, Zaiton Sameon bercerita mengenai lagu Menaruh Harapan dan kemalangan ngeri yang menimpanya.
Zul Akmar Jamaludin in Seni & Sukan 1 week ago