/
DSV menceceh dan disambut dengan ketawa Puteri Sarah
Kemelut rumah tangga pelakon Puteri Liyana Megat Kamaruddin, 38, menarik perhatian rakan artis dan ramai yang bersimpati dan memberi sokongan kepadanya.
Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida (DSV) antara golongan selebriti yang memberikan sokongan buat Puteri Sarah dan menganggap suami pelakon itu, Syamsul Yusof tidak pandai melihat kecantikan yang ada pada dirinya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan selebriti Datuk Seri Vida
DSV atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 52, berkata, dia berasa sakit hati melihat Puteri Sarah diperlakukan sedemikian dan menganggap pelakon itu seorang isteri yang cantik dan sempurna.
"Hello, comel ni wey, comel. Kenal tak ni? Jantan tak kenal 'bare' (barang).
"Lempar sebutir. Saya tu paling sakit hati tau. Jantan tak kenal 'bare'. Kufur nikmat jantan ni," katanya.
DSV tidak dapat mengawal marahnya hingga menujah kamera video yang merakam aksinya.
DSV berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam aplikasi TikToknya pada malam hari Jumaat, 20 Januari 2023. Kerana tidak dapat mengawal kemarahannya DSV turut menujah kamera yang merakam aksinya.
Puteri Sarah dilihat turut bersama DSV bagi menonton konsert penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Jumaat malam itu.
Puteri Sarah dilihat hanya tertawa melihat reaksi yang diberikan oleh usahawan kosmetik sensasi itu.
Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata peminat menyokong tindakan DSV dan gembira melihat Puteri Sarah sudah kembali ceria. - KitaReporters
/