Seni & Sukan 03 Nov, 2022

Dah tiba masa bersara! Tetapi Idris Jusoh tetap turun padang! Bantu kempen calon BN Parlimen Besut!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

Idris Jusoh


PENYANDANG kerusi Parlimen Besut, Tan Sri Idris Jusoh, berjanji akan turun padang membantu calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Idris yang juga Pengerusi FELDA sebelum ini mengumumkan menarik diri bagi mempertahan kerusi tersebut kerana ingin memberi laluan kepada calon lebih muda mahu penggantinya menang dalam pertandingan pada PRU-15 pada 19 November 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Idris Jusoh

Idris (tengah) bergambar kenangan bersama jentera Pemuda UMNO Besut selepas sesi pertemuan dengan jentera parti


Nawi Mohamad


Penggantinya, Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad dipilih bertanding mewakili BN bagi mempertahankan kerusi tersebut. 

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pencalonan Nawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut pada majlis pengumuman calon BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, pada 1 November 2022. 

Idris berkata, beliau akan terus memberi sokongan kepada Nawi bagi mempastikan kerusi Parlimen Besut kekal menjadi milik BN. 

Katanya, beliau yang akan menjadi pencadang kepada pencalonan Nawi pada hari penamaan calon 5 November 2022 berharap semua penyokong BN di Parlimen Besut akan terus memberi sokongan kepada calon BN.

“Saya juga sudah menyiapkan gerak kerja dan jadual bertemu pengundi untuk membantu Nawi sepanjang tempoh berkempen,” katanya


Nawi (tengah) berjalan masuk ke dewan PWTC untuk menerima watikan calon Parlimen Besut


Beliau turut memulakan kempen dengan mengadakan perjumpaan dengan jentera Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Besut secara berasingan untuk membantu calon BN Parlimen Besut. 

Selain itu, katanya, beliau juga akan membantu calon BN di beberapa kawasan dalam Parlimen Terengganu dan Pahang yang mempunyai FELDA.

Idris yang juga bekas Menteri Besar Terengganu dan Menteri Pengajian Tinggi berkata, keputusannya menarik diri dari mempertahankan kerusi tersebut sudah lama dibuat iaitu sejak tahun 2013.

"Saya sudah lebih 30 tahun berkecimpung dalam politik dan diberi peluang memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan, sudah tiba masanya untuk bersara,” katanya. - KitaReporters


Idris memulakan sesi kempen bagi membantu calon Parlimen Besut

15
6
3
13
1
You will be interested