Seni & Sukan 17 Aug, 2022

Video| Siapa yang salah? Pelajar tidur, guru siram air! Guru mohon maaf! Akan dikenakan tindakan!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


SEORANG guru adalah pendidik kepada bangsa kita. Tanpa mereka bagaimanalah kita semua mendapatkan ilmu dalam kehidupan dan menjadi orang yang berguna.

Namun, jika kita sebagai anak murid tidak mendengar cakap, mereka akan mengambil tindakan agar anak didiknya perbaiki kesalahan dan ingin melihat mereka berjaya mencapai cita-citanya.

Tular sebuah video di Indonesia apabila seorang guru bertindak menyiram seorang pelajar perempuan yang meletakkan kepalanya di atas meja seperti sedang tidur ketika menulis.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan guru-guru


Menerusi video yang dimuat naik akaun Instagram @fakta.indo, kejadian ini dikatakan berlaku di wilayah Kalimantan Timur.

Dikatakan guru ini menyiram air ke atas pelajarnya kerana dilihat seperti seperti sedang tidur kerana dia meletakkan kepalanya di atas meja.

Pelajar tersebut yang dilihat meletakkan kepala itu terus terbangun daripada siraman tersebut. Gurunya terus mengambil kertas yang terkena air untuk mengelakkannya basah terkena air yang disiram. 

Guru tersebut juga mengatakan kepada pelajar ini mengapa dia tertidur di sekolah.

"Kenapa awak tidur di sekolah? Kalau nak tidur di rumah, jangan pergi sekolah, belajar di sekolah,” kata cikgu itu.



Jika zaman dulu, kalau guru buat macam ini adalah perkara normal. Tetapi tidak sama dengan zama era moden sekarang di mana guru sudah tidak berkuasa.

Walau bagaimanapun, guru wanita itu mengambil keputusan untuk meminta maaf kepada orang tua pelajar berkenaan.

Namun disebabkan kejadian ini, guru tersebut akan dikenakan tindakan dan video ini mendapat perhatian netizen dalam ruangan komen. - KItaReporters


11
14
0
18
1
You will be interested