Seni & Sukan 08 Jun, 2024

Video| Ada bakat menyanyi? Sertai pertandingan CIMB Rising Start! Ada Konsert CIMB Kejar Mimpi 2024!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: [email protected] atau [email protected]

Share this


CIMB Group Holdings Berhad (CIMB Group) mengumumkan permulaan pertandingan nyanyian, CIMB Rising Start yang dianjurkan buat julung kalinya di Malaysia dan menyeru orang ramai yang berbakat untuk mendaftar diri untuk menyertai uji bakat dalam akaun Instagram dan TikTok CIMB Malaysia. 

CIMB Rising Start adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 40 tahun. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2024. 

Toni Darusman, Ketua Pegawai Penjenamaan & Pemasaran Kumpulan, CIMB Group berkata, “Kami berasa sangat berbesar hati di atas pelancaran rasmi CIMB Rising Start, sebuah pertandingan nyanyian anjuran CIMB Group yang dianjurkan buat julung kalinya dengan matlamat untuk mencungkil bakat-bakat muda di Malaysia dan serantau. 



"CIMB Rising Start mendukung iltizam proposisi penjenamaan kami – Melangkah ke Hadapan Bersama, yang merangkumi nilai-nilai penjenamaan CIMB yang memperjuang komuniti, di samping memberi inspirasi dan memperkasakan bakat-bakat muda demi merealisasikan impian mereka.” 

“Dalam usaha untuk memperkasakan industri seni kreatif, CIMB kekal inovatif dan unik dengan menganjurkan CIMB Rising Start, sebuah inisiatif yang menyediakan platform bukan sahaja untuk calon-calon penyanyi di Malaysia untuk mempamerkan bakat mereka, tetapi juga memberikan peluang kepada pemenang-pemenang dari Malaysia untuk menyertai bakat-bakat lain dari Singapura, Thailand dan Filipina pada peringkat akhir serantau yang akan dianjurkan di Indonesia. 

"Pertandingan pada peringkat akhir serantau akan dilengkapkan dengan konsert CIMB Kejar Mimpi yang dianjurkan pada setiap tahun di Indonesia yang menampilkan barisan artis terkemuka seperti Chakra Khan, Maudy Ayunda dan ramai lagi. 

"Kami berharap agar dapat mencungkil bakat yang terbaik dari Malaysia, di mana mereka boleh membuat persembahan yang terbaik di konsert peringkat akhir.” 



Barisan juri CIMB Rising Start termasuk ikon muzik Malaysia, Hael Husaini, pemenang konsert CIMB Niaga Kejar Mimpi 2023 di Indonesia, Evelyn Wijaya dan lain-lain. 

Uji bakat tertutup akan dianjurkan untuk mengenal pasti dua wakil yang bakal mewakili Malaysia di peringkat akhir serantau di Jakarta, Indonesia. 

Kedua-dua pemenang dari Malaysia akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000, di samping mendapat peluang untuk menerima bimbingan secara peribadi dengan Hael Husaini. 

Mereka juga berpeluang untuk memperolehi kontrak eklusif bersama syarikat pengurusan bakat, Rocket Fuel Entertainment Sdn. Bhd. selama dua tahun yang juga merangkumi satu single muzik dan satu rakaman muzik video. 

Keputusan untuk memutuskan kedua-dua pemenang dari Malaysia akan diumumkan pada 15 Julai 2024, manakala pemenang-pemenang untuk peringkat akhir serantau akan diumumkan pada 31 Julai 2024. 

Konsert CIMB Kejar Mimpi 2024 akan diadakan di Surakarta, Indonesia pada 24 Ogos 2024. - KitaReporters/Kenyataan Media

17
18
0
15
0
You will be interested