Seni & Sukan 19 Aug, 2021

Bila cacing naik ke mata! Nasib baik tak kena mata hitam! Tolong jangan abai makan ubat cacing!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


SEMASA kita kecil lagi, pasti ada antara kita yang masih ingat memori ketika di sekolah perlu mengambil setahun dua kali ubat cacing untuk mengelakkan cacing berada dalam perut seseorang.

Namun ramai yang mengambil enteng perkara ini apabila kian dewasa, di mana kita semua tidak lagi mengamalkan pengambilan ubat cacing kerana beranggapan bahawa hanya kanak-kanak sahaja yang perlu mengambil ubat cacing ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan cacing


Seorang gadis baru-baru ini berkongsikan kisah malangnya apabila dia hampir buta kerana tidak makan ubat cacing. Gadis yang bernama Faezatul Atiqah @faetahz menceritakan pengalaman buruknya ini hampir 6 tahun lepas.

Katanya dalam perkongsian dalam Tiktok, kejadian tersebut bermula setelah pulang dari kem sekolah. Di mana matanya berasa sangat gatal selain ada penampakan seakan benang sedang bergerak




Apa yang lebih mengejutkan, penglihatannya menjadi semakin kabur keesokan harinya. Setelah berulang alik berjumpa doktor serta pakar kesihatan di klinik dan juga pusat perubatan, akhirnya masalah pada anak matanya itu dapat dikenal pasti iaitu cacing.

Nasib baik tak kena mata hitam awak, awak memang beruntung kata doktor tersebut.



Tambahnya, matanya berkabur ini disebabkan sisa cacing itu berak

kerana itu, beliau dinasihatkan untuk makan ubat cacing sehari dua biji selama 4 bulan untuk mematikan cacing yang telah sampai pada matanya. 

Kesimpulannya, beliau berpesan kepada orang ramai di luar sana untuk mengambil ubat cacing walaupun sudah dewasa, dalam setahun 2 kali untuk mengelakkan cacing yang berupa parasit berada di dalam anggota badan kita semua. - KitaReporters


0
1
0
0
0
You will be interested