Seni & Sukan 09 Jun, 2021

Berita Terkini| PGA Kelantan rampas dadah bernilai RM8.6j! Disembunyikan di dapur rumah kosong!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA), Datuk Kasuahdi Ali menunjukkan pelbagai jenis dadah dan syabu yang dirampas dalam serbu


PASUKAN Gerakan Am (PGA) merampas 41 kilogram dadah dipercayai syabu dan 720,000 biji pil yaba dengan nilai keseluruhan berjumlah RM8.67, juta sekali gus dapat menyekat penggunaan dadah melibatkan sasaran 554,000 penagih di seluruh Malaysia.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (PGA), Datuk Kasuahdi Ali berkata, serbuan itu dilakukan di sebuah rumah selepas melakukan intipan selama empat jam.

Serbuan menerusi Op Benteng Covid-19 itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Batalion 8 PGA di sebuah rumah kosong  yang terletak di Kampung Jeram Perdah, Rantau Panjang, Kelantan. 

“Dalam serbuan pada 7 Jun (2021) itu pihak kami menahan seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun dan menemukan lapan bungkusan plastik hitam diletakkan di dapur rumah mengandungi 41 kilogram dadah dipercayai syabu bernilai RM1.47 juta dan 720,000 biji pil kuda bernilai RM7.2 juta.

"Bekalan dadah berkenaan dipercayai diperoleh dari negara jiran sebelum dihantar ke sekitar Pantai Timur untuk pil yaba, manakala syabu dihantar untuk pasaran Lembah Klang dan Johor," katanya seperti dipetik Berita Harian pada 9 Jun 2021. 

Pemeriksaan lanjut plastik tersebut didapati mengandungi 41 kilogram dadah jenis syabu yang mana ia dapat digunakan 410,000 penagih. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


1
0
0
0
0
You will be interested