Aryan Khan ketika ditahan kerana memilki dadah pada 3 Oktober 2021 lalu. - Kredit foto: New Indian Express
PRABHAKAR Raghoji Sail iaitu saksi bebas Biro Kawalan Narkotik (NCB) India bagi kes dadah melibatkan Aryan Khan mendakwa berlaku cubaan minta rasuah bagi membebaskan anak bintang Bollywood Shah Rukh Khan (SRK) itu daripada kes dadah.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Shah Rukh Khan
;
Prabhakar Sail juga merupakan pengawal peribadi KP Gosavi, iaitu salah seorang saksi bebas yang selfie dengan Aryan Khan dan menjadi tular.
Menurut The New Indian Express, dalam afidavitnya, Prabhakar Sail mendakwa dia melihat pengurus Shah Rukh Khan, Pooja Dadlani, bercakap dengan KP Gosavi di dalam kereta. Selepas pertemuan itu, Gosavi menyuruhnya pergi ke lokasi dan mengambil wang tunai.
Aryan ditahan oleh pegawai NCB bersama tujuh yang lain termasuk dua wanita di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada 3 Oktober 2021.
Bagaimanapun tuduhan Prabhakar Sail dinafi sekeras-keras oleh Sameer Wankhede dan menganggap ia sebagai palsu dan berniat jahat kepada dirinya dan pegawai NCB yang lain.
Sementara itu, SRK masih tidak memberi respons terhadap dakwaan Prabhakar Sail itu. - KitaReporters