Seni & Sukan 09 Oct, 2020

Terbaiklah Cikgu Bob! Bimbing anak yatim, asnaf ke MRSM, SBP

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

WALAUPUN Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dibatalkan tahun ini berikutan wabak Covid-19 namun Guru Cemerlang  Bahasa Melayu, Cikgu Anuar Ahmad dari Batu Pahat, Johor tetap sibuk setiap hujung minggu untuk membantu murid tahun enam. Sama ada ada Covid-19 atau tak, pembelajaran perlu diutamakan. : KitaReporters

Anak yatim dan asnaf membuat catatan ketika mengikuti bengkel subjek Bahasa Melayu bersama Cikgu Bob.


Lagi cerita-cerita mengenai asnaf:

https://kitareporters.com/search?search=asnaf


Cikgu Anuar, yang dikenali di daerah itu kerana banyak melakukan kerja kebajikan membantu penduduk termasuk  yang terkesan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membanteras Covid-19, kini turun padang pula untuk menabur bakti kepada anak yatim dan asnaf. 

Hasil bantuan rakan-rakan guru sekolah serta Facebook sekitar daerah itu beliau berjaya mengumpul 40 murid tahun enam dalam kalangan anak yatim dan asnaf untuk mengikuti secara percuma bengkel subjek Bahasa Melayu sebagai persediaan menduduki ujian kelayakan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada 12 Oktober 2020 nanti.

Usaha murni Cikgu Anuar yang popular dengan gelaran Cikgu Bob itu turut mendapat sokongan pelbagai pihak khusus daripada individu, pemimpin dan usahawan setempat bagi menampung kos makan, minum anak yatim dan asnaf, penyediaan bahan nota bercetak serta sewa dewan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada Sabtu 3 Oktober 2020 lalu.


Cikgu Bob memberi penjelasan mengenai kesilapan ketika menulis karangan dalam bengkel subjek Bahasa Melayu.


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Rengit, Batu Pahat itu, berkata idea mengadakan bengkel percuma berkenaan tercetus apabila berasakan ilmu yang diajarnya  wajar dikongsikan kepada murid kurang bernasib baik kerana tidak mampu mengikuti bengkel atau seminar berbayar.

Menurut beliau, adalah suatu yang merugikan apabila ada dalam kalangan anak yatim dan asnaf itu cemerlang dalam pelajaran dan mereka seharusnya diberi peluang mendapatkan pendedahan serta ilmu tambahan sebelum menduduki ujian itu.

Murid diberi pendedahan mengenai artikulasi, penulisan karangan pendapat dalam masa 45 minit.


“Ilmu dan maklumat tambahan yang didedahkan kepada mereka sama sahaja dalam bengkel atau seminar berbayar yang saya hadir untuk menyampaikan ceramah bagi subjek Bahasa Melayu di seluruh negeri .

“Antaranya saya dedahkan maklumat terkini mengenai apa yang akan diuji dalam ujian itu bagi subjek Bahasa Melayu iaitu artikulasi, penulisan apabila calon akan diminta menulis karangan pendapat 100 perkataan dalam masa 45 minit,” katanya. 

Cikgu Bob berkata, perjalanan bengkel itu mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid-19 yang masih berkuatkuasa seperti penjarakan satu meter, memakai pelitup muka, merekod suhu badan dan tidak membenarkan murid yang bergejala menyertai. 

Nur Auni Batrisyia Mohd Rafid.


Sementara itu, murid dari SK Setia Budi,  Nur Auni Batrisyia Mohd Rafid, berkata dia berasa beruntung dapat mengikuti bengkel itu bagi menimba ilmu dan meningkatkan kefahaman menghasilkan karangan dengan teknik mudah yang diajar oleh Cikgu Bob.

Bagi Nurul Iman Abdullah dari Madrasah Tarbiyyah ad-Darunnafis pula, dia berasa terharu kerana ada pihak yang sudi membantu murid kurang bernasib baik seperti dia dan bengkel itu menyuntik semangatnya untuk belajar lebih tekun. - KitaReporters

Nurul Iman Abdullah

18
2
0
0
0
You will be interested