Gaya Hidup 05 Jun, 2021

Berita Terkini| Beroperasi ketika SPP! Langgar SOP! Dua kilang di Shah Alam dikompaun RM10k!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

GAMBAR hiasan... kompaun yang dikeluarkan kepada kilang berikutan melanggar SOP Sekatan Pergerakan Penuh (SPP).


POLIS Shah Alam mengenakan kompaun ke atas dua kilang berikutan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) fasa pertama yang bermula pada 1 Jun 2021 lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata, setiap kilang masing-masing dikenakan kompaun RM10,000 ketika operasi pemantauan bermula 1 Jun sehingga Jumaat, 4 Jun 2021.

"Kilang pertama yang dikompaun adalah kilang memproses rokok elektronik (vape) dan memang tidak dibenarkan beroperasi kerana bukan industri utama tetapi ingkar masih beroperasi seperti biasa.

"Kedua, kilang memproses makanan dan perkhidmatan pengangkutan. Ketika serbuan dibuat didapati kilang terbabit mempunyai jumlah pekerja melebihi 60 peratus yang dibenarkan," katanya seperti yang dipetik oleh Berita Harian pada Sabtu, 5 Jun 2021.

Tegas beliau, sehingga kini pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas 23 kilang dan empat tapak bina dalam kawasan pentadbiran IPD Shah Alam.

Beliau berkata, sehingga kini sejumlah 17 kompauan dikeluarkan di dua Sekatan Jalan Raya (SJR) statik iaitu SJR Plaza Tol Bukit Jelutong dan SJR Persiaran Tengku Ampuan Seksyen 26 dan antara kesalahan yang kita dapati adalah melebihi kapasiti kenderaan dengan nilai kompauan dikenakan RM2,000 setiap penumpang. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib


0
0
0
0
0
You will be interested

Video| Stacy dedahkan kisah sebenar dirinya demi Duit! Segala-galanya duit! Stacy mata duitan?

Single terbaharu, Duit adalah buah tangan terbaharu Stacy Anam. Bongkar siapa sebenarnya dirinya dan sekali gus ingin buktikan kemampuan yang ada pada dirinya

Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago

Betul ke Pak Nil nak kahwin? Hanya mahu fokus kerjaya, anak-anak! Soal kahwin bukan keutamaan!

Tak mahu jadikan soal jodoh sebagai keutamaan. Lebih utama adalah teruskan kehidupan dengan letakkan kerja seni dan tanggungjawab kepada masyarakat - Pak Nil
Fariza Saidin in Gaya Hidup 4 hours ago

Hukuman berzina! Wanita ngaku bersalah disebat 100X! Lelaki pula tak ngaku bersalah! Disebat 15X!

Wanita sudah bersuami disebat 100 kali selepas mengaku bersalah berzina dengan lelaki lain. Pasangannya hanya dikenakan 15 sebatan setelah tidak mengaku salah
Adnan Mohamad in Gaya Hidup 5 hours ago

Macam mana tu? 10 individu bilionair berjaya gandakan kekayaan! Pada saat dunia dilanda COVID-19!

10 orang bilionair dunia mampu gandakan kekayaan pada saat orang lain berjuang teruskan kehidupan ke arah lebih sempurna ketika dunia bergolak kerana COVID-19
Zuhayati Yazid in Gaya Hidup 10 hours ago

Video| Sedihnya lihat gadis ini bertemu ayahnya! 2 tahun tak pulang! Kerana kerja di Singapura!

Bagi cari rezeki ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak. Ada banyak ibu bapa terpaksa berkorban untuk tidak pulang kerana cari rezeki di Singapura
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 22 hours ago